Wednesday, December 31, 2014

Hatyai Road Trip : Nikmat Makan

Assalamualaikum w.b.t.

Arghhh payahnye nak habiskan cerita road trip ni! Erm camne nak mulakan sambungan cerita basi ni yek? Dah tepu..jammed pulak otak nak mengarang essay yang tak seberapa ni. Lame sangat peram kat draft sampaikan dah lari idea. Almaklum lar cerita ni setahun yang lepas..November 2013 okeh!!!

Jom kite sambung perjalanan dari Phuket ke Hatyai sambil usha sekeliling sepanjang perjalanan. Tapi kalau dah takde idea agak payah nak cerita. Takpelah uols boleh layan cerita ni thru the pictures naaa...


Daerah Phangnga.

Tempat beribadat penganut Buddha kot.

Tokong ni kat somewhere area Phangnga.

Rumah beribadat orang Islam pon ada. So jangan risau yek! Mudah untuk kite singgah solat.

Daerah Kraphunga.

Yesss dah masuk area Krabi.

Masjid Krabi.
Sinilah weols singgah solat semalam once balik dari island hopping before embark to Phuket. Masjid ni besar. Selesa! Toilet pon besar attached dengan bathroom. Semalam weols pon mandi kat sini.

Masjid Krabi.


Ini adalah satu kebiasaan di sana. Tanpa helmet!


Yesss.. dah sampai bandar Hatyai.
 Ni kali ketiga weols sampai Hatyai kalo tak silap hehehe.

Parking kereta kat shopping complex ni then keluar gi night market.

Hatyai Night Market.

Meriah dengan makanan!

My favourite...pulut mangga..delicious!

Tiram Goreng?? Ape tuh? Tengok ramai jek orang Malaysia makan tiram ni. So weols pon haruslah mencuba. Nak tau jugak apa rase tiram goreng.


Tuh diaaaa... full house with Malaysian!

Hamid Restaurant ni memang famous la kat Hatyai. Famous sebab dibanjiri oleh orang kita, Malaysia. Siap boleh bayar dalam Ringgit Malaysia (RM).

Mee Goreng @Hamid Restaurant Hatyai.

Tiram Goreng dari stall kat luar tadi.
Dia macam telur dadar tapi dalamnya ade tiram pastu dihiasi taugeh. Sedap!

Ini juadah makan malam weols laki bini.

See..teh tarik pon ada kat Hatyai ni. 

Jom makan pulut mangga..ala saat type ni terliur pulak!

The well known freshness fruits made in Thailand.
So weols kalo datang sini memang akan beli fruits ni. Mangga and baby pineapple are our favourites.


Makan sudah. Beli buah sudah. Borong souvenirs sudah. Kenyang pon sudah. So jom balik Malaysia. Malam tuh weols tak terus direct balik ke KL. Weols stay up kat Jitra. Esok baru bertolak balik KL. On the way balik, hubby nak sangat pekena Nasi Ganja yang orang dok sebut-sebut kat Ipoh tuh. So weols singgah Ipoh nak pekena Nasi Ganja.

Ini dia NASI GANJA. A typical Mamak cuisine.

Suasana dalam kedai.

OK..weols laki bini dah kenyang. Alhamdulillah!


Haaa..Nasi Ganja ni dijual dalam kedai kopi Yong Suan ni. Kirenye mamak tuh meniaga dalam kedai apek la. Tapi jangan risau ianya Halal, InsyaAllah. Mamak tuh yang masak bukan apek. Kite kan 1Malaysia.

Finally, tamat jugak kisah road trip KL-Krabi-Phuket-Hatyai-KL ni. Berbulan-bulan Iols amik masa nak update cerita basi yang dah setahun berlalu ni. Hopefully lepas ni Iols akan ada masa untuk update percutian yang lain-lain pulak. Banyak lagi. InsyaAllah. Anyway Happy New Year 2015!

Jumpa Lagi!




Friday, October 31, 2014

Phuket Road Trip : Bercanda di Patong Beach

Assalamualaikum w.b.t. 

Setelah puas weols bersuka ria dengan aktiviti island hopping di Phi Phi Island then weols teruskan our journey to Phuket. Around 8pm weols sampai kat Patong Beach. Memula isi pewot dulu bagi kenyang senang nak sambung aktiviti lain pulak pasni.

Pusing-pusing Patong Beach cari hotel untuk check in buat tempat lelapkan mata malam ni di Phuket. This is the second time my hubby come to Phuket so it become more easier lah sebab he knows the place. Finally weols dapat tempat untuk lelapkan mata. Like what before, weols just walk in to stay at Rest @ Patong. Rate per nite if i'm not mistaken 1000 bhatt kot. Oklah bilik tuh not too big but selesa sekadar untuk lelapkan mata semalaman. Wifi free access okeh!

Dah dapat bilik now weols sambung aktiviti malam pulak. Ape lagi dah datang tempat orang kena la explore not only the nature but the culture too. Hotel weols check in ni sangatlah strategik sebab betul-betul depan pantai plus dikelilingi dengan souvenir shops, kedai makan and not to forget Bangla Road yang kehidupan malamnya sangat extreme hehehe. 

Those yang dah pernah ke Phuket pasti terbayang-bayang Bangla Road & Russian Girls kengkonon. Tempat ni meriah di malam hari dengan aksi-aksi wanita asli dan celop yang membuat ThaiGirl show. Weols memang jenis suka explore culture orang so memang tak lepaskan peluang. Malam tu weols jalan kaki jek pusing-pusing for sightseeing all these. Unfortunately, all those photos gone I tak jumpa kat mana save. Rasenya duk dalam henpon bukan kat camera. Kate cerita basi kan almaklumla tahun 2013 punya, henpon pon dah bertukar-tukar maka hilanglah semua gambar kenangan gua sob sob sob 

Pepagi esok bangun rasa segar bugar sekali. Dah berjaya recharge power haruslah mulakan hari dengan ceria heheheh. Cukup sekadar bersarapan dengan bekalan yang dibawa dari Malaysia dah buat weols semangat terjah pantai. Padahal makan roti Gardenia and Maggi jek pong! Mane boleh lepaskan peluang bergambar selagi ada daya mesti diteruskan berposing. Lepas dah snap sebanyak mungkin untuk tatapan weols di hari tua then weols terjun ke laut. Apa lagi mandi laut lah! Giler best pepagi buta dah berendam masa tuh tourist baru berapa kerat jek yang berbikini sebab yang lain baru bangun tido. Tapi gambar weols mandi-manda takdelah gua nak upload kat sini sangat tak sesuai untuk tontonan umum. LOL! Cukuplah satu yang boleh share suasana dengan uols.

Jom posing

Lagi....


Dan Lagi....

Laki bini menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Subhanallah!

Best!


Tadi time weols terjah pantai masih kosong now dah dibanjiri manusia. Nampak tak bendera Malaysia? It means antara pelancong paling ramai ke Phuket antaranya adalah rakyat Malaysia. Bangga pulak bila bendera Malaysia berkibar di negara orang. I'm proud to be Malaysian!


Dah puas mandi-manda kat pantai then weols balik hotel. Sucikan diri bersiap untuk check out. Rase sekejap masa berlalu tapi puas sebab dapat menikmati malam hari yang havoc dan mandi-manda kat Pantai Patong. For your information, island hopping di Krabi dan Phuket adalah sama. Maksud dia pulau yang kite terjah lompat-lompat like Phi Phi Island and James Bond Island tuh adalah yang sama. Cuma bezanya kalo dari Phuket agak jauh compared from Krabi. So weols takdelah nak repeat aktiviti island hopping memandangkan ianya di kepulauan yang sama. Hopefully uols guys paham apa yang I maksudkan. Huh!


Rest @ Patong untuk weols beradu semalaman di Phuket. Ini arah belakang hotel tempat parking. Hotel ni attached dengan restoran ala garden style. So belah depan hotel tuh sangat meriah. Seberang jalan sana adalah pantai. Nampak tak? Jom mulakan perjalanan ke Hatyai sambil cuci mata snap gambar kawasan sekeliling.

Bangla Road di siang hari lengang. Malam sangat havoc.

 Menjeling mat salleh tengok I posing tengah jalan dengan tuk tuk. Jangan jeles naaa...

Bye Bye Patong Beach

Before that, jom cari makanan untuk isi pewot.

Weols just singgah tapau kat restoran ni. Tak nak buang masa lama-lama makan kat restoran. So weols decided untuk tapau jek. Lagi best kan boleh main suap-suap dalam kereta. Ihiks!

Eh! Ade gambar Ketua Pembangkang. Dia pong singgah makan kat kedai ni. Tak berminat nak sembang hal politik. OK Bye!

For Him : Beef Fried Rice.
Sedap giler!

For Her : Seafood Fried Rice.
Pong sedap! Tapi kuciwa presentation dah hancussss dah tak cantik sebab gua ganas sangat hayun polisterin tu.

Lets proceed the journey babeh!


Selang beberapa kilometer, area Patong City tetibe ternampak Premium Outlet Phuket. Apa lagi haruslah singgah nak tengok jugak apa yang menarik inside kan. Rupanya hubby memang dah perasan semalam lagik. Dia memang dah aim nak singgah. Tajam betol mata laki gua!



Camtulah keadaan kat dalam outlet ni. Lengang! Tak menarik pong pada weols. Ade a few brands jek yang cam okay like Adidas, Nike , Quiksilver etc but other than that ade jugak yang weols tak familiar pong brand tu. I thought it similar like Johor Premium Outlet a.k.a JPO but its totally nope. Tak sama langsung! Takde pong MK, Burberry, Coach, Guess and so on. So weols tak berminat just tengok aje kemudian berundur ke kereta teruskan lagi perjalanan.


Sarasin Bridge : Ia menghubungkan antara mainland Thailand, Phang Nga dengan pulau Phuket. Macam Penang Bridge menghubungkan antara penang island, Georgetown and mainland Seberang Prai. Haaa..begitulah lebih kurang!

Bye bye Phuket. 'Till we meet again! Now we are heading to Hatyai. Next entry I will share story kat Hatyai pulak. Ape yang menarik yek di sana? Yang pasti it's all about makan dan makanan. Makan untuk hidup or hidup untuk makan? Whatever! Janji kenyang ghegheghe.

Jumpa Lagi!