Friday, June 27, 2014

Sabah Birthday Trip 2013 : Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t.

Apesal entry yang ni rasa cam lembap sangat nak bercerita? Apesal entry kali ni macam takde idea? Apesal entry kali ni cam tak tau nak cerita camne? Apesal entry kali ni cam susah nak karang? Aishhhhhhhhhh..macam-macamlah! Demi Diary of Getaway..demi honeymoon weols.. untuk coretan weols husband&wife so I cube korek idea supaya dapat karang entry ni.

Semalam si suami plan sesuatu yang mengejutkan isteri. Suami plan hari kedua nak buat road trip ke Sandakan. Bukannya dekat KK ke Sandakan tau! Jarak dalam 330KM atau hampir 6 jam perjalanan dengan kereta. Dah macam nak balik ke kampung halaman gua kat Terengganu pulak! Eh tapi isteri suka jek dapatlah jalan-jalan cuci mata. Kan misi percutian ini adalah "explore tempat orang". So jom explore selagi ada daya.

Bangun tidor bersiap-siap packed all the stuff then check out. Breakfast kat hotel. Isi perot seberapa banyak yang mungkin. Haruslah makan banyak sebabnya nak jalan jauh lepas ni. Weols makan dengan santai siap baca newspaper gitewww. Tak nak rushing sebab nak "explore tempat orang" dengan penuh ketenangan. As long as on track sepertimana perancangan so tak perlu risau sangatlah. Time check out...bila weols bagitau nak ke Sandakan receptionist sangat terkejut! Siap bagitau jauh tempat tuh dalam 6 jam jugak. Tapi si suami tak gentar sebab dia tengah semangat berkobar-kobar nak explore bumi Sabah hehehe.


Check out.

Bye Bye The Palace Hotel. 

Inilah Viva forever yang banyak berjasa dengan weols.

Pit stop pertama kat Kinabalu Park...lagi 57KM. Pastu sightseeing kat Kundasang dan Ranau.Then teruskan pengembaraan sampai Sandakan...jauh lagi oiii 330KM!

Pemandangan sepanjang menuju ke Kinabalau Park, Kundasang. 
Jalan yang mencabar. Berbukit-bukau dan S curve gitewww!

Antara pekan kecil yang weols lalu.

Waahhh disebalik kabus tebal siap ada air terjun. Subhanallah!

Yesss..dah sampai!

Alhamdulillah finally sampai ke Kinabalu Park setelah dua jam lebih perjalanan. Nampak jek signboard Kinabalu Park rasa excited giler. Tak sabar nak tengok Gunung Kinabalu dengan jarak dekat. Erm tapi weols just tengok panaroma gunung jek bukanlah mendaki pon. InsyaAllah ada kesempatan nak datang lagi nak mendaki Gunung Kinabalu. Mesti best kan???

Suami teruskan pemanduan mendaki dengan Viva forever. Weols just ikut signboard jek. Akhirnya sampai satu tempat ni kira macam lookout point lah. Ramai jek pelancong kat situ yang sedang menikmati keindahan alam semesta sambil bergambar kenangan. Weols pon sama tak nak lepaskan peluang bergambar seberapa banyak mungkin. Kat atas ni sejuk bukan maen lagik. Sejuk sangat tapi rasa excited mengalahkan semua tuh. Sampai sini rasa bersyukur sangat dan kagum dengan ciptaan Allah s.w.t. Dicipta-Nya gunung-ganang yang menghijau...siap ada air terjun di antara gunung-ganang tu. Dengan cuaca yang sangat sejuk rasa sangat mendamaikan. Subhanallah!

Sejuk! Kabus tebal menutupi Gunung Kinabalu di belakang weols.

Posing tetap posing even kesejukan.

Salju mata memandang.


Kononya husband & wife ni bergambar nak berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tapi kabus tebal berarak laju. Tiap kali snap kabus dah tebal so tak nampak Gunung Kinabalu :(

InsyaAllah weols datang lagi.

Dah abes pusing-pusing kat Kinabalu Park..dah banyak gambar dah snap then weols pon mula menyusur keluar dari Kinabalu Park. Now teruskan perjalanan ke Sandakan sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan. 

Panorama turun dari Kinabalu Park.

Sepanjang perjalanan mata disajikan dengan kehijauan gunung-ganang.

Pekan kecil di Ranau.

Abes dah cerita Gunung Kinabalu. Pasni I share cerita di Sandakan pulak. Camne perjalanan 6 jam ke Sandakan? Apa aktiviti di Sandakan? Yang paling I suka Rumah Terbalik di Tamparuli. Suka sangat dengan rumah tuh. Menarik and sangat kreatif. Next entry okay!

Jumpa Lagi!

Monday, June 23, 2014

Sabah Birthday Trip 2013 : Ronda-Ronda Kota Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t.

Hmmm lagi beberapa hari birthday suami. Kebetulan pulak hari pertama puasa, 29 Jun 2014. Dah berminggu-minggu fikirkan hadiah. Any idea??? Last year, I hadiahkan suami percutian. Ceewahhh gaya ayat macam orang kaya jek! Iye..I hadiahkan percutian ke Kota Kinabalu, Sabah. Takdelah kaya pon kan sebab kat Sabah jek hahaha. Takpelah janji dapat gembirakan orang tersayang. Diam-diam si isteri book tiket AirAsia hewhew.

I only let him know when we were at Lexis PD. Kengkonon nak surprisekan suami so I suruh dia tutup mata then tadaaaaaaaa....the AirAsia tickets fly to Kota Kinabalu. About 2 weeks before I bagitau dia. Ingatkan nak buat surprise malam birthday tapi lepas dikaji dan dicongak macam agak sukar sebab kalau suami tak ambil cuti rehat camne nak pergi bercuti. So thats why I have decided to make him know earlier.

Flight weols seawal 7.50 pagi. Haruslah awal so sampai dalam tengahari bolehlah buat pelbagai aktiviti. Weols sewa kereta Viva forever RM110/day. Initial plan on first day nak pergi Pulau Manukan. Tapi...alangkah malangnya bila sampai di Jeti Jeselton boat dah berlepas. Sedikit kekecewaan di situ. Sikit saja kecewa tak banyak pong! Sebab weols dah pernah ke Pulau Manukan masa bujang-bujang dulu. Masa tuh weols tak kenal lagi. Masing-masing pergi dengan kawan masing-masing. Suami pergi tahun 2008. Isteri pergi tahun 2009. Nasib baik akal si suami panjang so dia cadangkan jelajah pusing keliling Kota Kinabalu. Yesss, that was a good idea! 


Punyalah semangat siap berpakaian mandi. Apakan daya sobs sobs sobs. So weols teruskan dengan misi "explore tempat orang" dengan menuju ke Karambunai. Teringin jugak nak tengok apa yang best sangat sampaikan kat Nexus Resort & Spa Karambunai harganya RM800/nite. Sampai sana pusing-pusing dalam kawasan hotel and golf course. Macam biasa-biasa jek maybe sebab weols tak explore sampai ke pantai. Maybe!


Lagoon Park Karambunai.

The yacht.
Let's play chess.

Yesss...checkmate!

After Karambunai suami lajakkan lagi pemanduan ke Tuaran. Weols just trial & error ikut tanda arah. Masa kat Tuaran nampak gerai-gerai kat tepi jalan. Usha tengok sekali dia tulis Lokan Panggang! Apalagi si suami stop kereta and ajak pekena lokan.  I was like...oh no! Tak pernah makan dan tak biasa tengok. Suami ayat isteri dengan kata-kata datang tempat orang mesti rasa makanan dorang. Finally I makan jugak. Besar-besar lokan kat sini habaq hang.

Lokan Panggang. Have u ever try it before?

Si dia makan dengan penuh berselera.

Air kelapa muda yang sangat murah dan besar gedabak. 

Sebelum.

Selepas.



Lepas kenyang dah isi perot weols teruskan lagi pengembaraan ke Kota Belud. Jarak dari Kota Kinabalu ke Kota Belud dalam 70 KM. Kiranya sejam jugak perjalanan tapi sebab dok singgah-singgah so tak rasa sangatlah. Sampai kat Kota Belud tengok-tengok kawasan, bergambar pastu balik. Dah maghrib so tak boleh lajakkan lagi pengembaraan. Kang tak pasal-pasal tak sampai hotel. Sampai Kota Belud terus teringat Felix AF3 orang sini.

Pekan Kota Belud.

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kota Belud.

On the way balik ke Kota Kinabalu suami bagitau esok ke Sandakan. Huh! Gilos terkejut dibuatnya. Mau tak terkejut sebab jarak KK ke Sandakan dalam 330KM so almost 6 hours perjalanan dengan kereta. Yeap...itulah suamiku. Penuh dengan kezutan dan penuh bersemangat kehkehkeh. Esok nak ke Kundasang. Nak intai Gunung Kinabalu. Pastu teruskan  misi "explore tempat orang" hingga ke Sandakan. Kita intai apa yang ada kat sana pulak.

Jumpa Lagi! 



Wednesday, June 18, 2014

Bye-Bye Bangkok

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ketiga di Bangkok. Flight petang so pagi weols jalan-jalan lagi di Bangkok. Taxi driver bawak weols ke galeri permata. Ingatkan murah sangat sekali ribu-riban jugak. Okla dapat jugak experience proses pembuatan jewellery. Tapi kat dalam galeri ni tak boleh ambik gambar. Standardlah! So weols bergambar di luar galeri sahaja.

Ronda-ronda lagi then balik ke area hotel. Kelaparan, nasib ada halal food berdekatan hotel so dapatlah isi perot yang dah berkeroncong lagu Hetty Koes Endang. Packing all stuff then check-out. Jarak dari hotel ke airport takdelah dekat sangat. So nak elak sebarang kemungkinan weols terus shot ke airport. Sempatlah sambung cuci-mata kat dalam airport pulak. 

Gems Gallery. Nampak tak sling bag weols sama tapi tak serupa?

Lunch time.

Bel-Aire Bangkok Hotel. Room for 3 pax.


Check-out.

Airport.


Feeling di Europe.


Made In Thailand.

It was a great holiday with my besties. Hopefully, weols still have a chance to be together on next time. Thanx girls!

Jumpa Lagi!

Bangkok Girls Trip

Assalamualaikum w.b.t.

This time I bercuti dengan girlfriends pulak. Hubby and me had a split vacation. He went to Bandung and I went to Bangkok. Percutian ni about one week after Election 2013. Weols book the tickets once the date of election just announced. Yelah, terpaksa tunggu announcement dulu rather than kerugian kot-kot terbeli tiket time election. Actually it was quit expensive the tickets fare tapi perasaan excited mengalahkan semua itu. So pejam mata and beli laju-laju tiket AirAsia hewhew.

I went there with my girlfriends, Huda and Suzi for 3 days and 2 nights. They were my girlfriends since secondary school masa kat Pahang. Objektif utama ke Bangkok untuk shopping murah-murah sebab terpengaruh dengan rancangan Mad Markets. Bolehhh camtu? Seriously weols memang ke hulu dan ke hilir semata-mata nak penuhi nafsu shopping. Paling hectic masa hari kedua kat sana, weols boleh terjah 4 tempat shopping sekaligus ChaktukChak-Siam Paragon-Platinum Mall-MBK. Padahal tempat-tempat ni bukannya bersebelahan tapi semua itu bisa asal ada kemahuan hahaha. Berkejaran dari satu tempat ke satu tempat. Dahla panas tapi tetap gagahi jua. Pengangkutan utama adalah tuktuk sebab laju dan dorang pandai cilok. Bangkok ni jammed yang teramat. Ada satu waktu tuh, weols naik teksi motorsikal. Sorang satu motor. Janji laju dan cepat sampai. First day dah pergi ke Platinum Mall dan MBK, tapi hari kedua pergi lagi. Sampaikan pergi berkali-kali. Nak penuhi nafsu shopping hahaha.




Just arrived Bangkok.

Welcome drink @ Bel-Aire Bangkok Hotel.



Excited menaiki tuktuk.



Sesi tawar-menawar di MBK.

Handbags @ Platinum Mall.

Day 1 shopping.

Aktiviti malam : Meronda-ronda di Suchumvit Road.

Day 2 : Going to ChaktukChak menaiki MRT.

ChaktukChak.

Siam Paragon just like Pavilion.

NARS waktu ni belum ada di Malaysia.

Makan time di Yana Restaurant @ MBK.

Hard Rock Cafe Bangkok.


Malam-malam weols busy dengan aktiviti malam pulak. Malam pertama weols sightseeing kat Nana Road. Hmmmm tempat ni dipenuhi dengan mat-mat salleh yang mencari Thai girls. Malam kedua weols ke Hard Rock Cafe Bangkok pulak. Sambil-sambil shopping baju Hard Rock Bangkok then weols layan live band. Pastu pergi ke Khao San Road nak tengok jugaklahkan tempat mat salleh melepak sembang santai. Tempat ni memang happening siap jumpa muka macam  Justin Bieber haha. Ehhhh tak berakhir di situ aktiviti malam weols. Dah penat seharian so haruslah massage kan. Siap massage dua kali lagi. Lepas foot massage tukar spa (spa ke???) lain untuk body massage pulak.

Jumpa Lagi!