Thursday, January 29, 2015

:: HOMESICK ::

Assalamualaikum w.b.t.

Homesick. Rindu family tercinta. Rindu kampung halaman. During my pregnancy ni selalu homesick. Rindu family. Rindu Arwah Abah. Rindu Mama. Rindu adik kakak. Rindu anak buah. Menjadi2 rindunye. Usap perot rase touching. Tengok gambar family rase touching. Bercakap telefon dengan anak buah pong touching. Pastu nanges dan nanges dan nanges lagi. Tapi bukan depan doranglah. Diam2 Iols menangis. Mencurah2 ayaq mata. Pasai paaaa lagu tu huh??? 

Nak tanya uols yang dah pernah mengandung dan melahirkan anak. Memang ibu mengandung ni sensitip ke? Itu betol rasenye. Sensitip. Kuat sentap. Tapi Iols ni sensitip tang family jek rasenye. Tang keje. Tang berjalan. Same jek dengan sebelom. Takdelah emosi melampau2. Marah. Amuk. Merajok bagai. Tapi tang homesick memang ku akui. Rindu melampau. Rindu memanjang. 

Ni pong baru lepas feeling sensorang. So buatlah luahan jiwa kat sini. Takmolah sedih2. Orang kate nanti terbawak2 kat baby. Kuat menangis. Betul ke? Hopefully baby ikot yang baik2 jek...InsyaAllah. Aaamin.

Arwah Abah & Mama.
Aidilfitri 2010.
Arwah Abah meninggal dunia pada 28 Jun 2012. Al- Fatihah.

The sisters #tuanrosma

Rindu serindu rindunya. Rindu semua. Arwah Abah. Mama. Kakak & adik2. Niece. Nephew. The whole family of me. I MISS U ALL VERY VERY MUCH!


Jumpa Lagi!


Wednesday, January 28, 2015

Mabul Island, Sabah : Snorkeling Activities

Assalamualaikum w.b.t.

Suasana Subuh di Pulau Mabul.

Bangun di subuh hari. Solat. Pastu sedut udara pagi yang sangat nyaman. Jam 6.30 pagi dah terang benderang di sini. Malam tadi hubby bersembang dan berkenalan dengan jiran sebelah bilik. Geng bujang lelaki. Mereka datang berkumpulan seramai sembilan orang. Ada yang masih bujang ada yang datang laki bini. Dorang plan nak sewa sampan esoknye nak snorkeling di sekitar Pulau Kapalai. Tapi hubby Iols cakap ini tongkang. So Iols bahasakan tongkanglah yek! Dorang offer weols untuk join trip dorang. Ape lagi lajulah hubby jawab..OK boleh jugak!

So pagi tersebut selepas dah breakfast weols ke tempat tongkang. Masuk perkampungan. Lalu celah celah water homes. Sampai situ deal dengan owner tongkang. Bayar kepada owner hasil duit tong tong. Sowiiii Iols dah tak hengat berapa kos sewa tongkang ni. Pastu boarding dalam tongkang. Nak masuk dalam tongkang ni mencabar jugak sebab nak kena panjat turuni tangga macam bergayut2. Finally semua selamat masuk dalam tongkang yang rasenye penuh dengan cabaran dan debaran. 

Ini pengalaman best weols naik tongkang. Nak bagi balance tongkang tuh so weols kena duduk dengan penuh tersusun dan behave. If not tongkang tuh akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Silap2 boleh terbalik. So agak gamat jugaklah at first nak balance kan tongkang tuh. Bile dikenang2 it was so funny. Best!

Kalo kena kepala ketegaq macam weols ni memang xdelah nak duk diam sangat dalam tongkang tuh. Slumber jek bangun tukar2 posisi nak tengok view. Nak posing. Nak bergambar. Nak selfie. Padahal dorang yang geng weols tumpang join ni behave jek. Hikhikhik.





Inilah tongkang yand dimaksudkan.






Snorkeling at Kapalai Island.

Sayang seribu kali sayang. Sebab weols takde gambar snorkeling kat area Pulau Kapalai. Pulau Kapalai is a private island. Ianya sangat mahal. Tetapi cantik! Rugi takde gambar. Takpelah korang bole goggle or search Pulau Kapalai. Semua di hujung jari! Gambar waktu snorkeling pong satu jek yang Iols jupe. Ini pon cilok dari Instagram hehehe. Kusyuk sangat menikmati hidupan laut. Kalo ade Gopro barulah best. Setiap saat di dalam lautan pastiku abadikan di Gopro. Puiihhhhhhh hah ha ha ha.

Name pong datang pulau kan. So pastinya dipenuhi dengan aktiviti berasaskan lautan. Aktiviti weols pagi petang pagi petang dua hari berturut2 adalah snorkeling. Hubby teringin nak scuba diving tapi dek kerana keadaan wifey yang tidak mengizinkan disebabkan history mata so tak dapat teruskan niat tersebut. Jangan sedih tau babeh!

Pagi weols snorkeling naik tongkang dengan geng sebelah bilik. Petang weols snorkeling dengan pakej Uncle Chang pulak. Whenever uols check in di sini semuanya dalam satu pakej termasuk accomodation, meals dan snorkeling activities. Snorkeling 2x sehari. Pagi dan petang. So petang after lunch weols snorkeling lagik. Kali ni area lain pulak. Tak jauh dari water challet Uncle Chang cuma ianya di tengah lautan.


Water challet Uncle Chang on our back!




Tak ramai yang join snorkeling petang ini.

Cinta hati Iols dengan skill terjun tiruknye!

Arus petang ni sangat kuat.

Hubby di bawak arus.

Tak nak penat berenang patah balik ke boat so hubby playsafe pegang tangga. 
Jimat tenaga di situ!


Awak..nampak Nemo tak?




Snorkel gear & goggle milik persendirian.
Disebabkan weols pencinta alam dan selalu buat aktiviti ini so weols decided to have our own snorkel gear so tak perlu share bekasan orang lain. Ha Ha Ha




Berehat setelah kepenatan.


Tranquility



Day three weols repeated the same activities. Luckily tempat untuk snorkeling berbeza. Kali ni berhampiran dengan Mabul Water Bungalow Challet. Challet paling cantik dan termahal di Pulau Mabul. Kat sinilah kejadian penculikan dan tembakan oleh lanun. Ianya terjadi selepas weols dah balik. Sekarang kalo suruh pergi lagi agak takot dan ngeri so rasenye memang tak pergilah selagi belum sah selamat tempat ni.

Mabul Water Bungalow Challet.

Malangnya gambar snorkeling di kawasan ini pong takde dalam simpanan. Tak sure di mana. Maybe hubby saved di tempat lain. So tak dapatlah nak tunjuk kemeriahan snorkeling di sini. Dengan air yang sangat jernih. Berwarna turqoise. Seriously cantik sangat! 

Jumpa Lagi!

Monday, January 26, 2015

Mabul Island, Sabah : Sightseeing surrounding

Assalamualaikum w.b.t.

Entry sebelom ini cerita basi di USS. Hari ni Iols nak update cerita basi jugak. Percutian laki bini ke Pulau Mabul, Sabah. This vacation was on March 2014 for 4D3N. Suami book tiket sebulan sebelum percutian. Kengkonon hadiah sebab buat isteri terguris. Wowweeee...so sweet! We went there by Air Asia. Harga return ticket adalah RM297/person. For us the fare was quite cheap jugak sebab weols book the fligth ticket pon about one month before.

Flight weols jam 7.15 pagi. Subuh dah bertolak ke LCCT (Mase tuh belum beroperasi di KLIA2). Normally dua jam sebelum departures mesti uols dah sampai airport kan? Tapi kalo muka macam weols yang selalu berlari2 di airport..lagi sejam nak take off baru sampai airport. Pastu mula lah tercungap2 nak boarding. Kena pulak kalo kapal terbang bapak jauhnye parking. Macam yang ni bapak segala hujung dunia LCCT. Tapi kali ni okay la sebab weols tak berlari2 cuma jalan laju2 jek kihkihkih.

Tengok..hari pong masih gelap!

Masih berkabus...ready to take off.

Banyak flight di awal pagi. Semua pong nak gi holiday.
Now everyone can fly...LOL!

Setelah hampir tiga jam penerbangan KL - Tawau then weols safely landed at Tawau Airport. Sepanjang hampir tiga jam dalam flight macam2 weols lakukan untuk hilangkan rase bowinggg. Macam Iols is busy membaca magazine 3Sixty sambil dengar lagu2 di Ipod. Iols suka baca magazine 3Sixty sebab ada banyak info tempat2 percutian. So mula lah dok mikirkan tempat2 seterusnya untuk bercuti. Tak gitewww suami?

Bandar Tawau.

Safely landed at Tawau Airport.


Sesampai di Tawau Airport memang dah ada teksi yang menunggu weols. Ianya bukanlah teksi mungkin boleh dikatakan perkhidmatan prebet sapu. Ape tuh??? Ala...kereta2 persendirian yang dorang gunakan untuk perkhidmatan seperti teksi. Tapi ianya berpermit tau! Pemandu tersebut akan hantar weols ke Semporna untuk ke Pulau Mabul. Kalo tak silap perkhidmatan shuttle tersebut untuk one way dari Tawau-Semporna sekitar RM80-RM90. Mahaplah yek serious Iols dah tak ingat malas nak korek buku 555 untuk semak balik perbelanjaan percutian tersebut. Perjalanan dari Tawau ke Semporna sekitar 1jam ++. Sepanjang perjalanan uols boleh la menikmati keindahan alam hijau ciptaan Tuhan. Kebanyakannya dipenuhi dengan hutan hijau saujana mata memandang dan kadang kala kite menyusuri perkampungan penduduk setempat. So sepanjang perjalanan weols berborak2 dengan pemandu. Banyak jugaklah info yang weols dapat untuk mengetahui perkembangan semasa di kawasan tersebut. 

Mulakan perjalanan dari Tawau ke Semporna.

Alhamdulillah selamat sampai di Pekan Semporna.

Sesampai di pekan Semporna weols terus ke pejabat Uncle Chang. Weols dah booked water challet Uncle Chang for 4D3N. Rupanya weols bertolak menaiki bot ke Pulau Mabul dalam jam 2 petang. Kirenye weols ade lagi dua jam. Ape nak buat??? So weols decided to walk around sekitar Pekan Semporna. 

Dragon Inn Floating Resort. 

Before bercuti ke sini Iols gather info from blog. Ingatkan gempak sangat water challet ni. Hmmm..for me Iols tak suggest la uols bermalam di kawasan sini sebabnya perairan dia tidak begitu bersih. Ianya juga kelihatan seperti bosan. But up to u guys!

Pekan Semporna.

Pasar Semporna.

 Masjid Semporna.

 Car boot sale ke?

Makcik..tak perlu beria mendongak sebegitu. Ha Ha Ha

Jom mulakan perjalanan menaiki bot ke Pulau Mabul.

Water homes.

Yeayyy.. dah sampi di water challet Uncle Chang.

Selepas 45 minit menaiki bot dari Pekan Semporna ke Pulau Mabul finally we arrived there. Excited giler! Sepanjang perjalanan busy jek usha pemandangan lautan ciptaan Tuhan. Sesampai di challet tetibe ade berita kurang senang didengar, Bilik weols book dah full. Ape??? Dah bayar kot. Kirenye dah booking la so mestilah dah reserved kan?kan?kan? Setelah ber-arguing dan menegakkan benang yang basah finally weols dapat water challet sea view plus air conditioner. OK gembira!

Check in bilik. Perhati jek sekeliling. Di sekitar challet tuh ade rumah air penduduk setempat. Ada dua kaum iaitu Suluk (Philipines) dan ape tah lagi satu (kaum berasal dari Malaysia). Info ni Iols dapat hasil interview budak2 setempat yang dok memancing dan mandi manda sambil terjun tiruk. Syok jek tengok aktiviti dorang mandi manda bersuka ria di petang hari. Tetibeeeeeeee..suami panggil Iols sambil tunjukkan sesuatu. PENYU! Wowwww..semudah itu penyu bermain2 di Pulau Mabul. Tak percaya???

Haaa..tuh dia PENYU!

PENYU beramah mesra dengan orang kampung.


Aktiviti memancing... They all buat lauk untuk makan malam!

Jom jalan2 usha Pulau Mabul. Tadi aktiviti berhampiran water challet Uncle Chang dimana ianya kaum dari Malaysia dan dorang boleh berbahasa Melayu. Now weols jalan2 sightseeing di persekitaran Pulau Mabul. Di bahagian pantai ini pulak didiami oleh kaum Suluk dari Philipines. Kaum Suluk ade yang boleh berbahasa Melayu ada jugak yang tidak mampu berkata apa2 heheheh. Kena berjalan merentasi kampung penduduk setempat pastu baru jumpe pantai. Jom tengok ape aktiviti bebudak kaum Suluk.


Hi adik2..anyang ha seyo :) 

Hi abang.. I lap U (*_*)

Abang Iols busy dengan monopod baru kehkehkeh...

Abang hensem berlatarbelakangkan perkampungan Suluk.

Meh zoom siket aktiviti dorang..

Tu diaaaa..aktiviti panjat memanjat!

Iols busy dok snap gambar dorang..

Nice scenery

Jom ke pelantar tempa scuba divers mulakan terjunan ke dasar laut.

Sinilah tempat divers briefing, training dan mulakan pengembaraan di dasar laut.
 Ini untuk license scuba divers sahaja okeh!

Jom lepak santai jap hirup udara segar.

Sunset at Mabul Island.

Hari dah makin gelap. Dah senja. Maghrib menjelma. Jam ni baru pukol 6 petang di Pulau Mabul tapi dah gelap. Jom balik challet. Balik bilik. Mandi. Bersihkan diri. Jap lagi dinner time yeaahuuuuu.

Jumpa Lagi!