Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Hotel Review : Aonang Phutawan Resort, Krabi

Assalamualaikum w.b.t.


Aritu Iols janji nak share resort yang weols stay kat next entry kan? So this is the entry special dedicate for Aonang Phutawan Resort. Since weols walk in jek check in di sini ianya seperti lebih murah berbanding booking melalui agoda, asiatravel etc. Kenapa Iols berpendapat sebegitu? Sebabnye...weols check in di sini hanya Thai Bhatt 1500/nite. Tetapi...jiran jiran bilik sebelah yang datang dari Malaysia jugak, bile hubby bersembang dengan dorang, they all cakap dorang book about RM200++. Wahhh weols lebih jimat huhuhu. Ape pong semua nih atas luck masing masing jugak kan. Kengkadang dekat agoda tuh murah jugak. It depends la pada promo nye yek!

Aonang Phutawan Resort ni memang best! Actually weols takde googgle or search kat internet pong about this resort. Weols memang betol betol walk in. Ini pon agent island hopping yang bagitau. Cuma dia cakap jauh sikit bukan betol betol area Aonang Beach. Dia just inform ade swimming pool. Weols ingatkan jauh sangat rupanya takdelah jauh mane pong. Maybe 2KM from pantai Aonang. Cuma tak boleh consider walking distance  ler sebab kalau menapak berpeluh lencun pulak. Kalau perot kenyang mesti lapar balik. Takpe tak susah pong. Uols boleh sewa scooter or motorsikal bersepah dekat Aonang Beach. 

Sesampai kat resort tersebut, amik kunci terus meluru ke bilik. Tengok landscape dah rase tertawan. Sekali masuk bilik lagi dan lagi tertawan. Bilik besar dan luas. Interior design bilik tersebut memang superb. Wall finishes with timber and lantai pong laminated timber. Arghhh tak reti lah..yang pasti menarik! Uols tengokla gambar gambar kat bawah ni. Dah tuh siap ade sofa yang boleh consider as a sofa bed jugak. Iols paling suka dressing area sebab ade partition wall so separate from sofa area. Nak bersalin baju bagai or nak lap lap badan lepas mandi takdelah direct ngan orang kat sofa or katil nampak perbuatan tersebut kehkehkeh. Kirenye kalau uols tak sempat nak kemaskan barang barang yang bersepah uols longgok jek kat dressing area which is belakang partition wall. So that orang lain tak nampak betapa bersepahnye bilik uols unless depa pi jenguk sampai dressing area or depa nak tumpang toilet. Eh toilet pon besar dan luas. Toilet and shower sekali tetapi separate by sliding door. 




Reception.

King size bed.




Mini bar & TV.

Dressing area.


Wardrobe.


Dressing area yang selesa.

Itulah partition wall yang Iols maksudkan.


Sofa bed.


Toilet & bathroom.


Besides that, landscape resort ni pon cantik. Actually resort ni just a small resort. Bilik dia pong ade a few units jek. Tapi disebabkan interior design and landscape yang menarik buat hati weols tertambat. Very cosy and peaceful. Even swimming pool pong takdelah besar gabak mane tapi ianya dah memadai sebab memang terletak betul betul depan bilik guest. Guest room berbentuk seperti L Shape. Di hadapan guest room ade swimmping pool. So pergerakan mudah dan pantas. Sebab semua di depan mata. Reception lobby and restaurant terletak di pintu laluan masuk ke resort ni. Resort ini bersaiz kecil tetapi friendly. Plus, ianya cantik!

Swimming pool.


Laluan ke guest room.


*Ade orang tengah mencari ketenangan di situ*

Laluan kiri.


Laluan kanan.

Front view.


Elevation view.

Rumusannya, Iols suka resort ini. Cosy. Cantik. Tenang. With affordable rate. As for me, it is highly recommended for those yang nak ke Krabi. Tapi harus diingat ianya bukan walking distance ke pantai Aonang. Ape lagi bersedialah merempit. Eh kalau nak sewa kereta pong ape salahnye. Hik Hik Hik.

Jumpa Lagi!

Wednesday, January 14, 2015

Krabi 2014...food hunting!

Assalamualaikum w.b.t.

Ingat lagikah uols akan demam Piala AFF Suzuki 2014? Alaaaa..piala yang hampir hampir menjadi milik Malaysia. Final games Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia berentap dengan pasukan Thailand. Di awal permainan second leg Malaysia mendahului dengan 3-0. Tetapi minit minit akhir Thailand berjaya menembusi gawang Malaysia dengan 2 gol yang berkesudahan 3-2. Namun kemenangan secara agregat 3-4 dimenangi oleh Thailand. Hmmmm..frust menonggeng rasenye! Takpelah bukan rezeki Malaysia kali ni mungkin di lain kuali hik hik hik. 

Ishhhh..ape relates between Piala AFF Suzuki 2014 dan percutian weols??? Tetibe jek masuk bab bola. Actually weols ke Krabi sehari selepas final Piala AFF Suzuki 2014. Kiranya kehangatan final games tersebut masih dirasai. Malaysia dengan kehampaan. Thailand dengan kegembiraan. Jadiknya....sepanjang weols berada di Krabi hampir setiap jam televisyen Thailand akan berkongsi berita kemenangan mereka bersama Piala Suzuki. 

Siamese memanglah happy. Weols yang Malaysian ni bile tengok berita rase panas jek telinga. Ha Ha Ha Ha (tak boleh terima kenyataan gamaknya). Nak buat camne rezeki kemenangan tak berpihak kepada kite. Berita kat televisyen Thailand share macam macamlah. Sambutan player balik negara. Perarakan player Thailand bersama Piala Suzuki. Macam macamlah! Kalau Malaysia menang pong we will do the same way too. For sure player diarak bersama piala kemenangan yang menjadi lambang keunggulan. Bukan setakat diarak malahan Malaysia diisytihar cuti peristiwa. Yesss..itu yang dinanti nantikan kehkehkeh. 

Don't worry Harimau Malaya. Next time kite cuba bermatian-matian rampas balik Piala Suzuki yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia pada tahun 2010. InsyaAllah ade rezeki kite di masa akan datang. Aummmmmmmmm....Harimau Malaya...Selamanya....

Where are you handsome boy??
*Charly Chappuis No. 7*

Piala AFF Suzuki 2014
Kebanggaan Thailand!

Majlis penyerahan cek gamaknya.


Petang weols sightseeing pulak kat pekan Aonang Beach. Saje jenjalan tengok pemandangan. Tengok suasana. Tengok orang. Tengok pewot...uishhhh lapar ler! So jom cari makanan. Sebelum tuh weols kena top up duit Thai Bhatt sebab malam ni planning nak shopping. Shopping souvenir untuk mama, adik, kakak, niece and nephew

Hujan renyai renyai di Krabi.


CIMB Thai.


Fill up form dulu. Baru dapat cash.




Done!

Cuaca kembali panas.


Aonang Beach.


Carik parking sikit punya susah kat area betul betul depan Pantai Aonang.

Weols dah lunch tadi selepas swimming kat resort. After isi pewot weols jenjalan pastu balik bilik membuta. So indulgence! Petang keluar lagi sebab nak usha pasar malam kat depan Masjid Aonang. Nak jugak merasa suasana pasar malam depa. Nak juga menikmati makanan depa. Nak semualah. Janji puas hati!


Jom mulakan misi food hunting!


Barbecue chicken katenye. Macam ayam tandoori pulak. Memandai jek aku!


Gerai makanan.

Semangat nyer Mommy...kah kah kah


Dah tak ingat dah ape makanan ni...


Eh sempat posing!

Haaaa..yang ni menarik. Topping disaluti dengan sea food pastu di grill. Memang sedap!


Close up sikit...


Sweet corn pong weols nak. Padahal ade kat Malaysia. Pedulik ape?Gua nak jugak makan...


Bihun sup ni sedap. Sedap giler. Pedas yang amat. 
Dari malam tadi weols dok usha stall noodle soup ni. Penuh dengan customer manjang!


Bihun sup sedap meleleh!


Laki gua tak sabor sabor terus telan panas panas.Berasap telinga. Meleleh ayaq mata. KehKehKeh

Si dia gilerkan Muay Thai Boxer.

Malam tuh lepas dah kenyang dinner weols shopping pulak. Eh ade cerita di sebalik dinner. Weols dinner kat Bamboo Restaurant. Servis lembap giler. Sejam tunggu makanan tak sampai sampai. Ramai customer buat amukan. Termasuk laki gua hahahaha. In the end dapat jugak makanan tapi mood dah spoilt. Pewot dah kenyang dipenuhi angin kus kus sepoi sepoi bahasa. So Bamboo Restaurant weols dah blacklisted hahahaha.

Iols shopping sakan. Bukan untuk diri sendiri pong. Beli ole ole untuk family tersayang. Tapi sayangggg..gambar time shopping takde orang nak amikkan. Iols is busy so tak sempat snap picture. Itu jek la gambar hubby yang ade. Si suami ni pulak tak abes abes dengan Muay Thai boxer. Dok mencari benda alah tuh. Siap beli satu suit. Balik Malaysia kalo tak handal bertumbuk ala ala Muay Thai tak tau lah den nak kato apo. Opsss...sowi suami hehehehe.

Jumpa Lagi!

Tuesday, January 13, 2015

Percutian ke Krabi 2014..again by road trip!

Assalamualaikum w.b.t.

Erm... kisah road trip KL-Krabi-Phuket-Hatyai 2013 pon baru jek siap update. Tapi ini nak update percutian ke Krabi lagi. Ha Ha Ha Ha (gelak jahat kat diri sendiri). Tapi percutian Krabi kali ni bukan cerita basi macam entry sebelum. Yang tuh diupdate kat blog after setahun percutian. Pffffffttttttttt!

Percutian Krabi 3D2N kali ni pong via road trip jugak. Selepas ke Pulau Langkawi pastu ke JB then weols ke Krabiiiiiiiii. Sebenarnya weols attending majlis perkahwinan kat Penang. Dah selesai majlis weols lajakkan perjalanan kengkonon year-end-vacay untuk reward ourselves setelah setahun penat bekerja mencari rezeki. Boleh camtu? 

Kali ni berbeza sebab weols bukan pergi berdua husband & wife sahaja tapi berlima dengan ibu-bapa-nenek-mertua jugak. Sampai Aonang Beach pong dah malam hari so terus dapatkan hotel untuk bermalam. As usual, weols using the same method like previously iaitu walk-in sahaja. Mostly hotel dah full house. Almaklumlah peak season. But finally, weols dapat jugak check-in kat Aonang Phutawan Resort which is sangat tidak mengecewakan! Bilik cantik. Interior design menarik. Suasana best. Cuma agak jauh sikit dari pekan Aonang Beach. Nak kate jauh sangat takdelah. Maybe 2KM jek! Tapi stay kat sini memang kena ada transport. For weols memang tak menjadi masalah sebab weols memang drive kereta ke Krabi. So those yang datang by airway better sewalah scooter or kereta sebab ia memudahkan pergerakan uols. 


**Teaser picture**
Aonang Phutawan Resort. 
Next entry Iols share resort yang weols stay. It is highly recommended!

The next morning, weols mulakan xtvt food hunting. Sarapan pagi. Weols ke gerai yang sama tempat weols borong masa datang last year. Macam biasa gerai tuh ramai pelanggan. Teringin nak makan nasi pulut ayam goreng. Kuih muih pon banyak kat sini. Rasa macam kat Malaysia pulak. Cuma versi berbezalah versi Thailand.


Pilih...Pilih...


Kuih muih Krabi. Lebih kurang sama dengan kuih muih Malaysia kan?

Nasi pulut dan ayam goreng.




I is rambang mata hikhik.

*27th weeks of pregnancy*


Balik resort weols menjamu sarapan pagi. Kejap lagi pick-up akan datang amik weols untuk xtvt island hopping. Semua teruja nak melihat keindahan Lautan Andaman. Nak snorkeling. Nak fish feeding. Nak jumpa Nemo. Semua pong nak lah! Tetapi.................ada sesuatu terjadi. Jeng Jeng Jeng Jeng Jeng.....!!!


Pick-up.


Muka kuciwa dan muka gumbira bersatu.

The tourist.


Bye Bye Phi Phi Island.

Sesampai weols kat tempat berkumpul untuk island hopping, Iols adalah tidak dibenarkan join xtvt island hopping. But why??? Hmmmm..an expectant mother is prohibited to do that such activities. Nahhhhhhh..amik kau! Maka benarlah apa yang dikatakan oleh my sister which preggy women tak dibenarkan naik bot. Apatah lagi Iols yang dah nak masuk 7 bulan dah boyot pewotnya. Actually, its prohibited due to our safety reason. Naik bot berombak-ombak apatah lagi monsoon season ade big wave kate beach girl tuh kang tak pepasal nak berseronok jadi berdukacita. Tak sesuai dan merbahaya kepada ibu mengandung takot membahayakan kandungan. So daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini lebih baik kite elak. Tak gittewwww??? Memandangkan ini kali ke2 Iols ke Krabi dan hubby pulak kali ke3 so takdelah rase ralat dan kecewa melampau sebab dah pernah ke Phi Phi Island. Demi baby, Mommy and Daddy berkorban. Janji semunya selamat. While ibu-bapa-nenek-mertua tetap teruskan xtvt island hopping memandangkan they all first time sampai ke Krabi.

So weols balik semula ke resort. Nak tau ape weols buat??? Kata hubby dia mencari tranquility so tak dapat terjun Lautan Andaman jomlah kite terjun swimming pool. Kebetulan pulak time tuh swimming pool masih kosong so weols conquer lah. Agaknya semua pong busy dengan xtvt island hopping. Lets tranquil ourselves!

**They call me SUPERMAN**










K..E.T.E.N.A.N.G.A.N.


K.E.D.A.M.A.I.A.N.


Ehhh...ingat Daddy jek nak swimming? Mommy pon nak jugak...



Haaaa..tu dia!


Dah puas weols berendam dan berenang dan berehat dan dan dan..then weols balik ke bilik. Dahlah hujan. Rasa sangat nyaman dan tenang. Masuk bilik berehat. Layan tv. Pastu weols buat xtvt food hunting lagi. kat Krabi ni memang ramai Muslim so nak dapatkan makanan halal memang senang. Dah la makanan halal banyak. Makanan sedap. Banyak pilihan. Sampaikan yang tak pernah dilihat pong ada kat Krabi ni. The next food hunting I'll share with uols in the next entry okeh!

Jumpa Lagi!