Friday, June 27, 2014

Sabah Birthday Trip 2013 : Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum w.b.t.

Apesal entry yang ni rasa cam lembap sangat nak bercerita? Apesal entry kali ni macam takde idea? Apesal entry kali ni cam tak tau nak cerita camne? Apesal entry kali ni cam susah nak karang? Aishhhhhhhhhh..macam-macamlah! Demi Diary of Getaway..demi honeymoon weols.. untuk coretan weols husband&wife so I cube korek idea supaya dapat karang entry ni.

Semalam si suami plan sesuatu yang mengejutkan isteri. Suami plan hari kedua nak buat road trip ke Sandakan. Bukannya dekat KK ke Sandakan tau! Jarak dalam 330KM atau hampir 6 jam perjalanan dengan kereta. Dah macam nak balik ke kampung halaman gua kat Terengganu pulak! Eh tapi isteri suka jek dapatlah jalan-jalan cuci mata. Kan misi percutian ini adalah "explore tempat orang". So jom explore selagi ada daya.

Bangun tidor bersiap-siap packed all the stuff then check out. Breakfast kat hotel. Isi perot seberapa banyak yang mungkin. Haruslah makan banyak sebabnya nak jalan jauh lepas ni. Weols makan dengan santai siap baca newspaper gitewww. Tak nak rushing sebab nak "explore tempat orang" dengan penuh ketenangan. As long as on track sepertimana perancangan so tak perlu risau sangatlah. Time check out...bila weols bagitau nak ke Sandakan receptionist sangat terkejut! Siap bagitau jauh tempat tuh dalam 6 jam jugak. Tapi si suami tak gentar sebab dia tengah semangat berkobar-kobar nak explore bumi Sabah hehehe.


Check out.

Bye Bye The Palace Hotel. 

Inilah Viva forever yang banyak berjasa dengan weols.

Pit stop pertama kat Kinabalu Park...lagi 57KM. Pastu sightseeing kat Kundasang dan Ranau.Then teruskan pengembaraan sampai Sandakan...jauh lagi oiii 330KM!

Pemandangan sepanjang menuju ke Kinabalau Park, Kundasang. 
Jalan yang mencabar. Berbukit-bukau dan S curve gitewww!

Antara pekan kecil yang weols lalu.

Waahhh disebalik kabus tebal siap ada air terjun. Subhanallah!

Yesss..dah sampai!

Alhamdulillah finally sampai ke Kinabalu Park setelah dua jam lebih perjalanan. Nampak jek signboard Kinabalu Park rasa excited giler. Tak sabar nak tengok Gunung Kinabalu dengan jarak dekat. Erm tapi weols just tengok panaroma gunung jek bukanlah mendaki pon. InsyaAllah ada kesempatan nak datang lagi nak mendaki Gunung Kinabalu. Mesti best kan???

Suami teruskan pemanduan mendaki dengan Viva forever. Weols just ikut signboard jek. Akhirnya sampai satu tempat ni kira macam lookout point lah. Ramai jek pelancong kat situ yang sedang menikmati keindahan alam semesta sambil bergambar kenangan. Weols pon sama tak nak lepaskan peluang bergambar seberapa banyak mungkin. Kat atas ni sejuk bukan maen lagik. Sejuk sangat tapi rasa excited mengalahkan semua tuh. Sampai sini rasa bersyukur sangat dan kagum dengan ciptaan Allah s.w.t. Dicipta-Nya gunung-ganang yang menghijau...siap ada air terjun di antara gunung-ganang tu. Dengan cuaca yang sangat sejuk rasa sangat mendamaikan. Subhanallah!

Sejuk! Kabus tebal menutupi Gunung Kinabalu di belakang weols.

Posing tetap posing even kesejukan.

Salju mata memandang.


Kononya husband & wife ni bergambar nak berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tapi kabus tebal berarak laju. Tiap kali snap kabus dah tebal so tak nampak Gunung Kinabalu :(

InsyaAllah weols datang lagi.

Dah abes pusing-pusing kat Kinabalu Park..dah banyak gambar dah snap then weols pon mula menyusur keluar dari Kinabalu Park. Now teruskan perjalanan ke Sandakan sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan. 

Panorama turun dari Kinabalu Park.

Sepanjang perjalanan mata disajikan dengan kehijauan gunung-ganang.

Pekan kecil di Ranau.

Abes dah cerita Gunung Kinabalu. Pasni I share cerita di Sandakan pulak. Camne perjalanan 6 jam ke Sandakan? Apa aktiviti di Sandakan? Yang paling I suka Rumah Terbalik di Tamparuli. Suka sangat dengan rumah tuh. Menarik and sangat kreatif. Next entry okay!

Jumpa Lagi!

2 comments:

  1. viva forever? teringat lagu spice girls nyanyi. kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat terus nyanyi lagu spice girls kan...

      Delete