Showing posts with label My Marriage. Show all posts
Showing posts with label My Marriage. Show all posts

Friday, September 30, 2016

Mommy's Birthday : Dinner at Me'nate Steak Hub

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah tanggal 27 September 2016 genap usiaku menginjak satu lagi anak tangga, 33 tahun. Makin kertu dah akak nampaknye! Hahahahaha. Hari tu mommy buat surprised birthday treat untuk Daddy dekat The 39th Restaurant, PNB Darby Park nampaknya kali nih Daddy balas birthday treat Mommy dekat Me'nate Steak Hub. Main balas balas pulak hahaha. Tapi birthday celebration among weols 3 beranak (Mommy-Daddy-Zara) actually birthday Zara paling win. Dahla celebrate dekat obersea (oversealah sangat hahaha) dah tuh paling costly. Its okay saayang Mommy and Daddy sayang Zara ketat2 berbelanja sikit pong takpelah janji kite semua happy.


Alhamdulillah I'm 33 years old.

Actually this is our first time ke Me'nate. Selalu dengaq jek kisah steak dia yang mahal and lagi bertambah fofular bila ade selebriti tu silap paham ingatkan follower maki hamun walhal orang tuh baik hati nak recommend steak house yang best itu pong sebab selebriti tuh tanya dekat IG dia. Hahahahaha. Ape ape lah jaman sekarang nih! Jangan takut tau nak makan kat sini sebab setiap daging steak tuh memang dah dilabel siap dengan harga (sekali upah masak). Air kat sini FOC so uols boleh refill berkali kali. Ade hot drinks mostly coffee and cold drinks. So uols boleh makan steak within your budget. Jangan takot takot okay!


Wagyu-steak paling sedap sangat lembut and juicy plus antara steak termahal harga RM100 and above.



Angus-kiranya jenis medium kesedapannya harga antara RM70-RM90.




Zara muka mamai baru bangun tido.


Mommy pong nak tempek gak muka while Daddy tengah busy memilih steak.
Biaq pi la muka kembang semangkok!


Ini wagyu yang paling mahal harga sebelum diskaun RM900.


Zara's meal sampai  dulu sebelum steak Mommy and Daddy. Sila lah enjoy tengok Zara menikmati meatball and fries with mayonis. She was really enjoy the dinner and memang tak pedulik weols ajak bergambar.




Nyumss nyumsss sedapnye!



Tu dia belemuih mulot habaq ang!




Thank you Daddy for the birthday dinner treat. Ilebiu muahxxx


Daddy please don't disturb me eating!



Beware dia dah angkat sudu tuh kahkahkah.





Gambaq tu semua nampak macam sama tapi hakikatnye ekspresi muka Zara berbeza. Geram tengok telatah dia so iols abadikan kat sini. Esok esok dah makin tua Zara makin besaq boleh telek dekat blog jek tengok balik kenangan ni semua.


Daddy ni suka tau candid gambaq ittewww!

Hari tuh weols ambik satu wagyu and satu angus sajekla kan nak merasa perbezaannya. Serius sangat berbeza angus (RM70) and wagyu (RM150)! Berbeza dari segi kesedapannya wagyu tu sangat lembut dagingnya. Serius sangat lembut! Weols makan dengan tenang menikmati our steak tanpa gangguan oleh Zara sebab dia pong menikmati meals dia dengan penuh nikmat. Other than that weols ade order jugak lamb slices harga RM25 sahaja. Husband cakap total bill around RM250 which is weols rase berbaloi sebab sedap sangat steak tuh. Sekali sekala okaylah on special occasion kalau setiap hari pow Daddy kat Me'nate terus tak dapat gi melancong obersea nanti. Bhabhabhabhabha.....

Birthday treat Daddy and Mommy punya iols dah update kat blog bersawang nih. Birthday trip Zara belum update lagi. Trip ke mane tu? Jeng jeng jeng. Padahal dah lama berlalu 1st April 2016. Nanti iols update okay! But iols bagi gambar teaser dulu kasi uols berteka teki.





Agak agak uols dapat teka tak kat mane tu? 

Jumpa Lagi!













Tuesday, July 12, 2016

Daddy's Birthday : Iftar Ramadhan Buffet at The 39 Restaurant PNB Darby Park

Assalamualaikum w.b.t.


Ramadhan 1437H telah berlalu meninggalkan kita semua. And now we are celebrating Aidilfitri with lovely family and friends. Semoga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir untuk kita semua. Aamin. Uols beraya di mane tuh?

24hb Ramadhan 1437H yang lalu bersamaan 29th June 2016 adalah hari lahir orang penting dalam hidup iols. Teman bersuka ria bergaduh bertouching segala bagai. Its my husband's birthday LOL! Kali ketiga berturut2 birthday husband dalam bulan puasa. Last two years I've surprised husband with lunch buffet treat di 360 Restaurant, KL Tower. On that time, husband's birthday on 1st Ramadhan so iols decided to makan2 sehari sebelum puasa which is the real celebration on 28th June not 29th June 2014. Kengkonon taknak kacau tarawih gittewww. Last year buat jugak iftar treat dekat Absolute Thai je tak plan awal pasai time tuh ade anak kecik baru dua bulan wifey masih terkebil2 sesuaikan diri dengan dunia baru, dunia seorang ibu. Ehhh last three years pong iols ade buat kezutan untuk husband's birthday tau. On that time percutian ke Kota Kinabalu sehingga Sandakan uols.

But this time wifey buat comeback dengan kejutan iftar treat again. Iols is memang suka bab2 surprised nih! Minggu pertama puasa wifey dah busy dok mengooggle venue yang awesome for iftar with KLCC view. A few venues have been shorlisted and finally I chose The 39 Restaurant, PNB Darby Park. Initially I was thinking of  thirty8 Restaurant, Grand Hyatt Hotel but it doesn't offer with Ramadhan buffet. The Ramadhan buffet at Grand Hyatt Hotel is located at Ground Floor so tak dapeklah nak bergambar background KLCC. Not this time but might be some other time. Anniversary? Oh maybe.


Surprised on sahur time. Zzzzz



The dress code for Iftar Ramadhan buffet.


Jemput masuk uols.

First of all once sampai sini terus bergambar sakan with background KLCC and the skycrapers. Unfortunately KLCC just nampak bahagian atas sahaja sebab terhalang oleh bangunan Troika. Dulu sebelum wujudnya Troika memang nampak both tower of KLCC.


The birthday boboy. LOVE U both!






















Zara ikut muka mommy or daddy? Pls tell me haha.


Si kecik ni baru 'dapat kaki'. Merayap jek kejenye dok tawaf restoran time orang dok mamam buka puasa. Takpe mommy and daddy kasi chance Zara merayap. Bukan selalu datang sini kan?






Jom berbuka puasa. Sedap ke tidak?



Zara best feeding view LOL!


This is our iftar scenary. Giler syok makan sambil menikmati panorama KL.


Sup gearbox ni sedap yang amat. Berkali2 weols top up hahahaha.


Antara menu buffet yang sempat weols capture to share with uols.
Sorry tak banyak gambar makanan sebab weols seriously enjoy the meals and view.


Our sitting table.


Spacious surau at 5th floor.


Oh anakku, tak reti dok diam.


                              Before balik lets snap the night scenary for our memory.









Dah kenyang jom balik. Eh apakah yang berwarna putih itu?


The Iftar Ramadhan buffet price.

Alhamdulillah. Diberi peluang dan ruang untuk berkongsi rezeki dengan orang tersayang. I can see that you are really enjoyed the buffet, Sayang. Frankly speaking the buffet is so sedap and tidak mengecewakan plus the best scenary of KL. 

Dear husband, Happy 33rd Birthday Sayang. Semoga diberikan kesihatan yang baik berpanjangan, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t. Semoga menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk kami. Aamin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Jumpa Lagi!