Tuesday, January 6, 2015

Hotel Review : Aseania Resort & Spa, Langkawi Island

Assalamualaikum w.b.t.

November 2014 yang lepas Iols berlepas ke Pulau Langkawi. Ada urusan kerja di sana selama 3 hari 2 malam. Berlepas dari KLIA2 ke Langkawi International Airport. At that time, my pregnancy was 23 weeks so tak perlu surat doktor just isi borang Expectant Mother kat kaunter airport. For your information, surat doktor tuh diperlukan untuk 26 weeks and above. But after 35 weeks dah tak boleh naik pon belon. Ini AirAsia rules yek!

Just on board.

Ready to take off.

KLIA2.

KLIA2 top view.

Sky porn.

Iols dambakan Nasi Lemak Pak Nassir tapi yang dapat Nasi Lauk Kari.
Makan jekla jangan banyak bunyik!

 Yeayyy..dah nak landing.

 Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

Safely touch down at Langkawi International Airport.

Di Langkawi Iols bermalam di Aseania Resort & Spa. Bilik besar. Siap 2 double bed. Plus, mini water theme park. Ada dua gelungsur kat main pool. Kat sebelah main pool ada macam tempat dilambung ombak ala-ala Gambang Water Theme Park. Seronoklah kalau bawak budak-budak! Mat & minah salleh pon ramai berendam kat swimming pool. For further information about this resort, uols boleh click di sini

Bilik yang besar dan cantik. Camni boleh bawak sekampung! 
Padahal Iols tido sensorang jek.


Tapi view luar tak cantik sebab hutan belukar.


 

Mini theme park with waves.

Mini theme park with double glider.


Jom bercanda di pasiran Pantai Chenang.Jom Jom Jom.




LOL!

23 weeks expectant mother.


Overall, Iols suke decoration and space area bilik tu. Plus, ada mini water theme park. Kalau bawak kids memang syok sangatlah bercanda berendam dalam pool. Cumaaaaa..Iols dapat bilik tingkat tiga and hujung dunia sangatlah jauh untuk ibu mengandung macam Iols ni nak menapak ke seminar hall and lobi hotel. Bilik tip top besar dan selesa untuk stay sekeluarga. Itu jeklah Iols tak reti nak komen banyak-banyak. Hihihihi.

Jumpa Lagi!

Monday, January 5, 2015

Our hope. Our dream. Our do'a

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada ungkapan yang paling sesuai melainkan Maha Suci Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa. Kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan. Hampir 3 tahun weols husband wife waiting for this news and everyday do'a for it and eventually Allah makbulkan doa weols. 


Berita yang sangat gembira ni datang di bulan yang sangat mulia, bulan Ramadhan 1435H. Betapa besar dan berkuasanya Allah Ta'ala. Sungguh barakahnya bulan Ramadhan doa weols dimakbulkan. Tiga hari before Aidilfitri (25 Julai 2014) pada jam 4.30 pagi sebelum I sediakan juadah bersahur, I've decided to make a urine test sebab dah dua minggu period belum jugak muncul. Sangat berdebar-debar! Dengan penuh harapan walaupon agak takut sekiranya ia bakal mengecewakan weols. 


First tester it was appeared 2 lines which means its POSITIVE. Then ambik lagi satu tester for the second time....and yeapppppp it was also 2 lines. POSITIVE. POSITIVE. Tersenyum gembira hingga menitis airmata then terus menuju ke katil kejutkan hubby and showed him the tester. Even dalam gelap he can see what I've showed him. Terukir di bibir ucapan Alhamdulillah tersenyum gembira. Ucapan spontan from hubby to the wifey "Tahniah" ! Auwwwwww....


This coming 22.01.2015 will be our third anniversary. And this time will be quite different because we will celebrate it not only two of us but three. Hehehehe. Ada benih cinta in my belly. Syukur. Syukur. Currently, I am 7 months expecting mommy-to-be. InsyaAllah will be delivered on March 2015.

22.01.2012

Tying a knot.

Ermmm nak tau ape barang pertama Daddy belikan for our first baby? Haaaaa..it was unplanned but during our window shopping at Citta Mall, Subang we saw banner 'Clark Warehouse Sale'. Sekali sampai kat tempat tuh tengok panjang giler que. Takpe weols bertabah sebab Daddy nak usha kasut untuk diri sendiri. Masuk dalam weols split. Orang ramai sangat bersesak-sesak. Daddy dah busy dok try kasut. Mommy pulak busy usha kasut for kids. Tetibe terpandang kasut for baby terus rasa terpaut hati. But it is limited stock & limited design. Mommy dah geram sangat terus tunjuk kat Daddy. Daddy tak jadi shopping untuk dirinya lantas ubah fikiran beli kasut untuk baby sampai dua pasang sekaligus. Kalau banyak design and choice mesti tambah lagi sebab ianya sangat murah dan berbaloi padahal jenama Clarks. Jom layan gambar mommy-to-be yang excited bergambar sakan dengan kasut baby hewhewhew.


Baby first shoe by Clarks.



There's a baby in my belly.

Itu first item Daddy belikan untuk baby. Ada lagi perkara pertama Daddy buat sebelum itu. Tau Daddy buat ape? He had re-arrange and re-decorate our place. Padahal time nih Mommy tengah terbaring dalam bilik menahan sakit perot...memulas-mulas. Tetibe keluar ke living hall ianya telah berubah wajah. Kata Daddy dia lapangkan area ni just to dedicate for our becoming baby..ruang untuk bermain dengan anak nanti. Tersenyum kambing jugaklah Mommy dengar kahkahkah. Teruja nak jadi Daddy yek? Tak sabar nak main dengan anak yek Daddy? Alhamdulillah, finally we can feel like what other parent experienced. Alaaaa..tak jumpa pulak gambar sebelum living hall ni re-arrange. Before this living hall tuh cam ngam-ngam jek. Area silver carpet tuh dulunya tempat games PS3 hubby together with meja, TV skrin and PS3. Eh rocking recliner single sofa sekali. Three seater recliner sofa pulak duk kat area brown carpet tuh. But now, rocking recliner single sofa tuh Daddy letak kat dalam second bedroom. Meja PS3 dah masuk dalam master bedroom. So living hall dah lapang so boleh main ting ting kat dalam rumah pasni. Hihihihi. 



I'm 5 months expectant mother.

I'm 6 months expectant mother.

Semoga semuanya dipermudahkan. Baik ketika mengandung mahu pon waktu bersalin nanti. Semoga semuanya selamat. I can't wait for it. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Jumpa Lagi!


Wednesday, December 31, 2014

Hatyai Road Trip : Nikmat Makan

Assalamualaikum w.b.t.

Arghhh payahnye nak habiskan cerita road trip ni! Erm camne nak mulakan sambungan cerita basi ni yek? Dah tepu..jammed pulak otak nak mengarang essay yang tak seberapa ni. Lame sangat peram kat draft sampaikan dah lari idea. Almaklum lar cerita ni setahun yang lepas..November 2013 okeh!!!

Jom kite sambung perjalanan dari Phuket ke Hatyai sambil usha sekeliling sepanjang perjalanan. Tapi kalau dah takde idea agak payah nak cerita. Takpelah uols boleh layan cerita ni thru the pictures naaa...


Daerah Phangnga.

Tempat beribadat penganut Buddha kot.

Tokong ni kat somewhere area Phangnga.

Rumah beribadat orang Islam pon ada. So jangan risau yek! Mudah untuk kite singgah solat.

Daerah Kraphunga.

Yesss dah masuk area Krabi.

Masjid Krabi.
Sinilah weols singgah solat semalam once balik dari island hopping before embark to Phuket. Masjid ni besar. Selesa! Toilet pon besar attached dengan bathroom. Semalam weols pon mandi kat sini.

Masjid Krabi.


Ini adalah satu kebiasaan di sana. Tanpa helmet!


Yesss.. dah sampai bandar Hatyai.
 Ni kali ketiga weols sampai Hatyai kalo tak silap hehehe.

Parking kereta kat shopping complex ni then keluar gi night market.

Hatyai Night Market.

Meriah dengan makanan!

My favourite...pulut mangga..delicious!

Tiram Goreng?? Ape tuh? Tengok ramai jek orang Malaysia makan tiram ni. So weols pon haruslah mencuba. Nak tau jugak apa rase tiram goreng.


Tuh diaaaa... full house with Malaysian!

Hamid Restaurant ni memang famous la kat Hatyai. Famous sebab dibanjiri oleh orang kita, Malaysia. Siap boleh bayar dalam Ringgit Malaysia (RM).

Mee Goreng @Hamid Restaurant Hatyai.

Tiram Goreng dari stall kat luar tadi.
Dia macam telur dadar tapi dalamnya ade tiram pastu dihiasi taugeh. Sedap!

Ini juadah makan malam weols laki bini.

See..teh tarik pon ada kat Hatyai ni. 

Jom makan pulut mangga..ala saat type ni terliur pulak!

The well known freshness fruits made in Thailand.
So weols kalo datang sini memang akan beli fruits ni. Mangga and baby pineapple are our favourites.


Makan sudah. Beli buah sudah. Borong souvenirs sudah. Kenyang pon sudah. So jom balik Malaysia. Malam tuh weols tak terus direct balik ke KL. Weols stay up kat Jitra. Esok baru bertolak balik KL. On the way balik, hubby nak sangat pekena Nasi Ganja yang orang dok sebut-sebut kat Ipoh tuh. So weols singgah Ipoh nak pekena Nasi Ganja.

Ini dia NASI GANJA. A typical Mamak cuisine.

Suasana dalam kedai.

OK..weols laki bini dah kenyang. Alhamdulillah!


Haaa..Nasi Ganja ni dijual dalam kedai kopi Yong Suan ni. Kirenye mamak tuh meniaga dalam kedai apek la. Tapi jangan risau ianya Halal, InsyaAllah. Mamak tuh yang masak bukan apek. Kite kan 1Malaysia.

Finally, tamat jugak kisah road trip KL-Krabi-Phuket-Hatyai-KL ni. Berbulan-bulan Iols amik masa nak update cerita basi yang dah setahun berlalu ni. Hopefully lepas ni Iols akan ada masa untuk update percutian yang lain-lain pulak. Banyak lagi. InsyaAllah. Anyway Happy New Year 2015!

Jumpa Lagi!