Monday, January 12, 2015

Hotel Review : The Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu

Assalamualaikum w.b.t.

The other day dah share kisah shopping di JPO. For today Iols nak share hotel weols stay ketika di JB iaitu Puteri Pacific Hotel. Lokasi hotel ni tengah town JB jek and berdekatan dengan Pasar Karat. Kalau stay sini malam bolehlah uols merayap ke Pasar Karat. Jom kite tinjau camane hotel ni. Best ke tak?!

Lobby Hotel.

Restaurant.
Tempat weols santap pagi, tengahari dan malam.

Princess Deluxe Room.


Jom baring!

Pintu masuk. Wardrobe. Mini bar.

Just check-in.

Tempat bersiram.

 Tempat termenung.

 Tempat berdandan.


Pemandangan luar dari dalam bilik weols.

**Welcome Pose**
Turns to 25th week of pregnancy.

Overall, hotel ni okay but not really my taste. Sebab decoration bilik dia nampak macam old fashion. Swimming pool pon kecik jek. **Ala takde gambar swimming pool pulak!** Makanan kat restoran dia pon takdelah banyak choice sangat and takdelah sedap sangat...biasa biasa jek! My personal opinion, Iols lagi suka KSL Resort Hotel JB. Sebabnya, modern decoration and variety of food choices and sangat sedap!

Jumpa Lagi!

Thursday, January 8, 2015

Riang Ria @ JPO

Assalamualaikum w.b.t.

Seminggu after ke  Pulau Langkawi, Iols ke JB pulak. Same jugak atas urusan kerja. Tapi this time syok sikit sebab ade peneman. Hubby ikut sekali Iols ke JB. So bolehlah buat macam-macam xtvt bersama laki bini. Jalan jalan. Ronda ronda. Makan makan. Shopping. Maen bowling. Karaoke. Eh macam macamlah. On the way ke JB, sebelum sampai ke Plaza Tol Skudai haruslah weols singgah di Johor Premium Outlet. Apatah lagi waktu tuh tengah Year End Sales. Teringat kat  Premium Outlet Phuket yang memang totally different from JPO. Konsep mungkin same sebab outlet tapi barang jualan tak best langsung tak macam kat JPO and orang pon boleh kira dengan jari berapa ramai jek singgah kat situ. Bila di negara orang terasa perumpamaan ini amat sesuai sekali uols "Hujan Emas Negeri Orang, Hujan Batu Negeri Sendiri, Baik Lagi Negeri Sendiri" Wahhhhhhh berpujangga gitewwwww...

Dari highway Iols dah nampak kereta bersusun susun memenuhi ruang parkir. Full house! Giler ramai orang. Singaporean. Malaysian. Semua pong schopaholic. Bila tengok kereta banyak giler terus tak sabar nak sampai dengan harapan sales giler giler. Baru boleh borong banyak! Initially ada la dok sebut sebut nak shopping barang barang baby. But end up nyerrrrr....uols tengok la sendiri siapa yang lebih sakan shopping. Huh!

Wahhhh banyaknye keretaaaaa...

Memang full house

Orang yang paling excited semestinya Daddy. Mommy tak berapa sebab banyak fokus untuk baby. Weols macam biasa kalau xtvt shopping camni nak jimat masa weols split. Masing masing pegi usha barang barang idaman masing masing nanti jumpa balik. Mommy dalam La Senza pon dah sejam. Rambang mata banyak pilihan. Nak fitting lagi. Eh gambar kat La Senza sensored so simpan untuk kenangan sendiri jek. Tetibe Daddy call suruh ke outlet CK. Daddy nak mintak Mommy bagi pendapat lettewww. Dalam CK pong berejam! Mommy tukang bagi opinion baju tuh ok ke tak. Jeans tuh ok ke tak. Belt tu ok ke tak. Kemeja tuh ok ke tak. Bla bla bla bla bla.........

Daddy mula rambang mata kat AX.

Belt pulak! While Mommy busy selfie.
Yooo..there's my baby bump about 24th weeks.

GUESS kid.

Clark baby shoe.

Schopaholic.

Mak. Ayah. Anak. Semua schopaholic.

Cuba...

Dan mencuba...

Cuba lagi...

Lagi lagi mencuba...


Iols cakap kat Hubby jeans tuh macam Mat Rempit. Terus dia tukar jeans colour laen. Agak janggal tengok Hubby pakai jeans biru denim cenggitu sebab dia selalunya pakai colour grey, hitam dan sewaktu dengannya. Uols nak tau? Pakaian yang berhanger kat dalam gambar tuh discount 90%. Jangan tak percaya! Iols mula mula tak perasan pong. Bila Hubby cakap still macam tak percaya. Bila confirm 90% discount ape lagi borong sakanlah. Ha Ha Ha Ha.

Jumpa Lagi!




Tuesday, January 6, 2015

Hotel Review : Aseania Resort & Spa, Langkawi Island

Assalamualaikum w.b.t.

November 2014 yang lepas Iols berlepas ke Pulau Langkawi. Ada urusan kerja di sana selama 3 hari 2 malam. Berlepas dari KLIA2 ke Langkawi International Airport. At that time, my pregnancy was 23 weeks so tak perlu surat doktor just isi borang Expectant Mother kat kaunter airport. For your information, surat doktor tuh diperlukan untuk 26 weeks and above. But after 35 weeks dah tak boleh naik pon belon. Ini AirAsia rules yek!

Just on board.

Ready to take off.

KLIA2.

KLIA2 top view.

Sky porn.

Iols dambakan Nasi Lemak Pak Nassir tapi yang dapat Nasi Lauk Kari.
Makan jekla jangan banyak bunyik!

 Yeayyy..dah nak landing.

 Pantai Chenang, Pulau Langkawi.

Safely touch down at Langkawi International Airport.

Di Langkawi Iols bermalam di Aseania Resort & Spa. Bilik besar. Siap 2 double bed. Plus, mini water theme park. Ada dua gelungsur kat main pool. Kat sebelah main pool ada macam tempat dilambung ombak ala-ala Gambang Water Theme Park. Seronoklah kalau bawak budak-budak! Mat & minah salleh pon ramai berendam kat swimming pool. For further information about this resort, uols boleh click di sini

Bilik yang besar dan cantik. Camni boleh bawak sekampung! 
Padahal Iols tido sensorang jek.


Tapi view luar tak cantik sebab hutan belukar.


 

Mini theme park with waves.

Mini theme park with double glider.


Jom bercanda di pasiran Pantai Chenang.Jom Jom Jom.




LOL!

23 weeks expectant mother.


Overall, Iols suke decoration and space area bilik tu. Plus, ada mini water theme park. Kalau bawak kids memang syok sangatlah bercanda berendam dalam pool. Cumaaaaa..Iols dapat bilik tingkat tiga and hujung dunia sangatlah jauh untuk ibu mengandung macam Iols ni nak menapak ke seminar hall and lobi hotel. Bilik tip top besar dan selesa untuk stay sekeluarga. Itu jeklah Iols tak reti nak komen banyak-banyak. Hihihihi.

Jumpa Lagi!

Monday, January 5, 2015

Our hope. Our dream. Our do'a

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tiada ungkapan yang paling sesuai melainkan Maha Suci Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa. Kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan. Hampir 3 tahun weols husband wife waiting for this news and everyday do'a for it and eventually Allah makbulkan doa weols. 


Berita yang sangat gembira ni datang di bulan yang sangat mulia, bulan Ramadhan 1435H. Betapa besar dan berkuasanya Allah Ta'ala. Sungguh barakahnya bulan Ramadhan doa weols dimakbulkan. Tiga hari before Aidilfitri (25 Julai 2014) pada jam 4.30 pagi sebelum I sediakan juadah bersahur, I've decided to make a urine test sebab dah dua minggu period belum jugak muncul. Sangat berdebar-debar! Dengan penuh harapan walaupon agak takut sekiranya ia bakal mengecewakan weols. 


First tester it was appeared 2 lines which means its POSITIVE. Then ambik lagi satu tester for the second time....and yeapppppp it was also 2 lines. POSITIVE. POSITIVE. Tersenyum gembira hingga menitis airmata then terus menuju ke katil kejutkan hubby and showed him the tester. Even dalam gelap he can see what I've showed him. Terukir di bibir ucapan Alhamdulillah tersenyum gembira. Ucapan spontan from hubby to the wifey "Tahniah" ! Auwwwwww....


This coming 22.01.2015 will be our third anniversary. And this time will be quite different because we will celebrate it not only two of us but three. Hehehehe. Ada benih cinta in my belly. Syukur. Syukur. Currently, I am 7 months expecting mommy-to-be. InsyaAllah will be delivered on March 2015.

22.01.2012

Tying a knot.

Ermmm nak tau ape barang pertama Daddy belikan for our first baby? Haaaaa..it was unplanned but during our window shopping at Citta Mall, Subang we saw banner 'Clark Warehouse Sale'. Sekali sampai kat tempat tuh tengok panjang giler que. Takpe weols bertabah sebab Daddy nak usha kasut untuk diri sendiri. Masuk dalam weols split. Orang ramai sangat bersesak-sesak. Daddy dah busy dok try kasut. Mommy pulak busy usha kasut for kids. Tetibe terpandang kasut for baby terus rasa terpaut hati. But it is limited stock & limited design. Mommy dah geram sangat terus tunjuk kat Daddy. Daddy tak jadi shopping untuk dirinya lantas ubah fikiran beli kasut untuk baby sampai dua pasang sekaligus. Kalau banyak design and choice mesti tambah lagi sebab ianya sangat murah dan berbaloi padahal jenama Clarks. Jom layan gambar mommy-to-be yang excited bergambar sakan dengan kasut baby hewhewhew.


Baby first shoe by Clarks.



There's a baby in my belly.

Itu first item Daddy belikan untuk baby. Ada lagi perkara pertama Daddy buat sebelum itu. Tau Daddy buat ape? He had re-arrange and re-decorate our place. Padahal time nih Mommy tengah terbaring dalam bilik menahan sakit perot...memulas-mulas. Tetibe keluar ke living hall ianya telah berubah wajah. Kata Daddy dia lapangkan area ni just to dedicate for our becoming baby..ruang untuk bermain dengan anak nanti. Tersenyum kambing jugaklah Mommy dengar kahkahkah. Teruja nak jadi Daddy yek? Tak sabar nak main dengan anak yek Daddy? Alhamdulillah, finally we can feel like what other parent experienced. Alaaaa..tak jumpa pulak gambar sebelum living hall ni re-arrange. Before this living hall tuh cam ngam-ngam jek. Area silver carpet tuh dulunya tempat games PS3 hubby together with meja, TV skrin and PS3. Eh rocking recliner single sofa sekali. Three seater recliner sofa pulak duk kat area brown carpet tuh. But now, rocking recliner single sofa tuh Daddy letak kat dalam second bedroom. Meja PS3 dah masuk dalam master bedroom. So living hall dah lapang so boleh main ting ting kat dalam rumah pasni. Hihihihi. 



I'm 5 months expectant mother.

I'm 6 months expectant mother.

Semoga semuanya dipermudahkan. Baik ketika mengandung mahu pon waktu bersalin nanti. Semoga semuanya selamat. I can't wait for it. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Jumpa Lagi!