Friday, June 17, 2016

MENGUJI ADRENALIN DIRI DI HONG KONG OCEAN PARK

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini misi extreme. Kengkonon nak uji adrenalin diri melalui kelajuan dan ketinggian gittew. Kat mane? Di Hong Kong Ocean Park. Memang giler best kat sini. Memang hebat dan dahsyat sangat. Banyak pulak tuh rides yang ade. Dah tu satu category ride ade banyak versi. Contoh roller coaster ade pelbagai track, solero shot/ space shot ade banyak ketinggian, top gun ke ape tah yang dok putar2 orang sambil hayun2 ke atas ke bawah. Gambaq hak hayun2 ni takde pulak just video iols ade upload di IG. Eh macam2lah nak explain pong tak reti and bukan tau sangat nama rides tuh. Itu yang iols dok gebang tadi tuh tah betol ke idok nama rides. Tak kisahlah janji motif iols nak habaq theme park ni giler extreme and banyak giler rides. Okay bye!

Fyi, Ocean Park ni besaq giler dari tanah rata ke tanah tinggi dari bawah ke atas. Alaaa macam Genting Highland permainan berada tinggi di atas sana. Kat sini pong naik cable car menuju ke highland. Tapi main entrance adalah di bawah yek pastu naik cable car untuk ke theme park atas. Selain rides dalam Ocean Park ade marine life and animals like sea lions, penguins, panda and etc. So kids boleh cuci mata tengok animals while si dewasa bolehlah main roller coaster segala bagai. 

Hari ketiga di bumi Hong Kong. Macam biasa breakfast dulu kat bilik iHotel pastu gerak ke HKG Ocean Park. How to get there from Tsim Sha Tsui? Okay don't worry I will tell you babeh. 

1. Naik MTR Tsuen Wan Line 
2. Turun di Admiralty station
3. Naik bas 629 ke Ocean Park 

Perjalanan from Admiralty station ke Ocean Park around 10 minutes. Dekat ajek! And kaedah pembayaran tiket bas sama macam MTR menggunakan Octopus Card. Mase dok dalam bas dapatlah cuci mata tengok bangunan pencakar langit yang memang tinggi mencanak. Rase teruja dapat tengok dengan mata sendiri kota metropolitan HKG yang sebelum ini iols dok tengok via filem Jackie Chan jek hahaha.


Dalam bas 629 heading to Ocean Park.


Amacam Zara teruja tak nak tengok panda?




Dua beranak yang kusyuk menikmati panorama HKG.


Muahxxxx


The skycrapers of HKG.


Yeayyy sampai sudah Ocean Park.

HKG Ocean Park, checked!


Zara dah mula campak boot hmmm.


Mommy excited uolsss.


Daddy pong excited jugak.


Jom ikut weols naik cable car.


Semakin menghampiri cable car.


Amacam Zara excited tak??




Okay nampak muka excited Zara.












Honestly panjang giler beratur. Dah tu menaik ke atas macam membukitlah. Tapi alah bisa tegal biasa. Datang dari jauh beribu nautica takkan queue panjang nak balik pulak? Even queue panjang yang amat tapi ianya laju bergerak. Weols tak rase pong lama menunggu and weols enjoy dok tengok orang sambil bergurau senda dengan Zara. Those yang bawak baby stroller jangan wisau sebab stroller boleh bawak masuk dalam cable car and stroller pong beratuq sekali dengan weols. 


Heading to the highland theme park.










Nampak tak roller coaster red and yellow track kat atas sane tuh? 
Yeap we are going up there.


Zara is enjoying the view of HKG.


Bukti sangat enjoy sehingga terkangkang menikmati panorama HKG.



Sesampai jek kat atas sane Daddy dah tak sabar nak warm up. Lantas Daddy terus terkam roller coaster red and yellow track tuh. Meanwhile tunggu Daddy menguji adrenalin diri Mommy susukan Zara and bagi Zara mamam bekalan baby solid food yang dibawa khas dari Malaysia uols.


Zara melayan perasaan selepas kekenyangan.


Zara melayan blues sambil tunggu Daddy.










Okay Zara campak lagik boot dia hmmm.


Roller coaster blue track on my back uols.



Tuh dia muka puas Daddy hahahaha. 
Daddy cakap best giler and dia repeat naik lagik roller coaster tuh.

Roller coaster red and yellow track on my back.


Okay muka Daddy 2x puas kahkah.


Daddy dah warm up. So now jom bawak Zara tengok sea lions and penguins pulak. Tempatnya di tingkat atas. Kat sini ade disediakan lift untuk baby stroller or wheel chair. 


Lift wefie. Zara with her happy face.


Kat dalam ni sejuk tapi bau tak best bau hanyir.wekss


Let me go Daddy!


The sea lions.


The penguins.

Cuaca yang sejuk dingin.


Ocean Park Tower. Uols can see the 360 view like Menara Taming Sari Melaka.

The rides from the other zone. Weols tak pergi pong zone itu tengok dari jauh jek.



Pit stop 1 untuk alas pewot hubby. FYI, dalam ni takde HALAL food. It's hard to get it. So weols bawak bekal untuk alas pewot. Ape lagi kalau bukan Maggi mi segera yang sedap yums yums.  Zara lena tido dibuai cuaca dingin.


Pit stop 2. Hubby sambung makan kat sini pulak syiok sikit ade view yang menarik. Zara still the same masih lena beradu.




Now it's my turn to mamam Maggi. Sedap giler makan Maggi panas dalam cuaca sejuk dingin. Plus view yang awesome dengan rides yang mencabar terdengar jeritan manusia menjerit naik space shot and roller coaster. Siapa suruh korang naik now rasekan kahkah.





Now hari dah makin senja jom balik ke bawah. Tadi weols naik atas by cable car now nak turun ke bawah weols naik train pulak. Dah senja nak tengok ape lagi naik cable car kan. Lagi pong better weols merasa both cable car and train kat dalam Ocean Park ni. Different experience rite?


Bergambar dengan kung fu Panda hiks.

Zara dah bangun tido bole bergambar kenangan.



Aquarium tengok marine life pulak.


Zara suka tengok fish.


Saying bye bye to fishes.

Tiket masuk Ocean Park around RM150 tapi satu ride pong aku tak naik. Harapkan hubby jek yang main sorang2. Tu pong bukan naik semua pong only a few yang dahsyat2 je. Hubby tak syokla nak main sorang2 walhal aku and Zara dok tunggu dia. Padahal iols is tak kisah hookayyy. Tak main pong sampi senja jugak weols dok dalam tuh. Bawak Zara tengok marine life and animals. Before leaving weols beli ole2 from Ocean Park. Mommy mane boleh kalau takde fridge magnet nanti meroyan bhabhabha. Setiap tempat pergi mesti beli fridge magnet, Penuh satu peti ais dengan magnet janji iols puah hati.

Jom balik ke iHotel amik luggage. Actually pagi tadi weols dah check out just luggage tumpang simpan kat receptionist. Malam ni weols akan beradu di kamar yang best. Tak sabar rasenye. So where is our next hotel? Nantikan jeng jeng jeng.

Jumpa Lagi!

Tuesday, June 14, 2016

RIANG RIA DI HONG KONG DISNEYLAND (PART II)

Assalamualaikum w.b.t.

Selepas Zara dah poo poo weols mula mencari restoran yang satu2nya HALAL di dalam HKG Disneyland. Ape nama restorannye? Tahitian Terrace Restaurant. Disneyland nih memang besaq habaq hang and terbahagi kepada beberapa zon. Restoran tu nung di sana so weols kena jalan lagi demi mengisi perot yang dah berkeroncong. Tak sabaq nak makan oi.


*Saya nak pilih menu lunch*


Selamat sampai ke restoran HALAL.


Untuk uols guys, ini adalah menu dan harga makanan kat dalam restoran ni. Nampak tak ade menu with word "Malaysian"? It means memang ramai orang kite datang HKG Disneyland. Sampai terpahat di situ untuk tatapan umum hahahaha.


 Jemput masuk.


*Daddy I can't wait to eat*


*Mommy pong can't wait to eat. Lapaq sangat dah nih. Serius sedap!*


*Zara mamam dengan riang*


*What's that? Orang hijau tergantung?*



  
Kereta berhias kot kat belakang iols tu. Kat Malaysia ade orang kuning (Digi) kat HKG orang hijau pulak. Ape aksi tah dorang dok buat. Tak tengok sangat busy bergambo hahaha.


Sleeping Beauty Castle.


Maintain tak berkasut budak kecik nih.


Naik Fantasyland Train. Pusing2 Fantasyland.


She is busy with her boot hmmm.



Welcome to Toy Land. Sini ade ride yang adventures sikit hak lain semua suam2 kuku jer.

 
*Hi Mickey Mouse*


Zara dan peminat bhabhabha.


Sorry Zara, cekak Mickey Mouse tu aunty punye hikhik.


Tunggu Daddy tengah menguji adrenalin.



Muka puas dapat menguji adrenalin sendiri. Iols tak naik even dipujuk oleh hubby. 
Dah ade anak semua rase takot. Takot ke penakot?


Zara teruja tengok payung naik.


Masih semangat mendongak tengok payung,
 


Uolsss, dalam HKG Disneyland ade disediakan tempat solat. Tetapi surau jauh pulak nak menapak berada di zon lain. Hari dah makin gelap kang tak sempat jamak takhir so end up weols solat kat tempat terceruk. Musafir ke negara asing macam tu lah. Janji kite solat and make sure tempat bersih. Weols amik wudhu kat toilet. Selamber iols bertelekung kat situ ape agaknye dorang pikir? Takpe, Allah lebih tau.


Anakku lena beradu terlentok gittew. Jom masuk tengok dunia - Small World.


Yeay naik river cruise tengok dunia warna warna dengan diiringi lagu Small World.






SELAMAT JALAN - Bangganya depa reti speaking Melayu.


Jom naik cawan pusing2.


 
Anak ke bapak yang terlebih excited nih?


Tertido tunggu Daddy main ape tah kat dalam tuh.



Setiap malam memang ade perarakan Mickey Mouse and friends. Takde pulak gambar Mickey Mouse, yang ade dalam video. Lastly penutup adalah dengan percikan bunga api. Sedar tak sedar sampai ke malam weols dok dalam Disneyland. Weols tak naik semua rides yang ade pong. Kalo naik semua rasenye kena amik tiket untuk dua hari.


Punyalah hingaq Mickey Mouse and friends dok berarak yang si kecik ni syok jek tidoq.


Disneyland Fireworks.

Overall, weols berpendapat Disneyland is created for kids. Sebab tu weols bawak Zara datang sini saje nak bagi merasa dunia fantasi kat Zara. Banyak jugak iols terbaca comment orang cakap Disneyland tak best sebab tak mencabar and extreme the rides. Uols kena faham ini memang dunia fantasi yang dicipta untuk kanak2. Kalau hampa nak rase rides yang mencabar sangat sampai rase nafas terhenti seketika tempat lain bukan di sini. Di mana tempatnye? Esok weols bawak hampa semua ke sana. Nantikan next entry okayyy.

Jumpa Lagi!