Monday, June 16, 2014

Lexis Port Dickson

Assalamualaikum w.b.t.

Lagi cerita tahun 2013. Hubby ada urusan kerja 3H2M kat Lexis Port Dickson. Wifey apa lagi haruslah ikot. Resort nih memang duk dalam wishlist gua pong haha! Iyelah...kan dapat honeymoon free mestilah tak nak lepaskan peluang keemasan ni. Cuba kalo berbayar mesti pikir banyak-banyak-banyak kali. Lexis water chalet pong RM400/nite apatah lagi Grand Lexis water chalet RM700/nite. 

Perjalanan dimulakan selepas waktu Zuhur dari KL ke PD. Alaaa..tak jauh mana pong! Excited giler check-in dapat water chalet. Pulak tuh dapat bilik hujung ke tengah lautan so dapatlah rasa angin sepoi-sepoi bahasa hahaha. 


Lexis Port Dickson terletak bersebelahan Glory Beach Resort.

Yeayyyy dah sampai Lexis Port Dickson. Ini apartment type.

Kamar beradu yang cantik. Lihatlah keempukan tilamnya berbonjol-bonjol hukhuk.

Jakuzi & glass floor. Boleh intai ikan kaloi.

Itu kamar beradu weols.

Oh! kapal terbang...

Water chalet layout. Kalo gigih boleh telengkan kepala anda!

Hi-tea.

Cahaya di tengah lautan.

Night scenery.

Tenang.


Rasanya inilah percutian yang sangat relax dan menenangkan sebab I hanya habiskan masa di dalam bilik dan balkoni sambil melayan hembusan angin dan deruan ombak giteww. Fuh! kepala rasa ringan. Hilang semua stress kerja. Bukan apa, before I came here, I was too busy with works. Banyak outstation JB-N9-Melaka-Terengganu also vacation to Singapore and Bangkok. So this time, rasa macam fully recover with all those things. Wifey rest & relax padahal hubby busy bekerja. OKlah tuh bukan selalu I dapat relaxing camni tau.

Jumpa Lagi!


Friday, June 13, 2014

Clarke Quay Singapore

Assalamualaikum w.b.t.

Selang tiga hari balik dari Umrah, weols ke JB ada jemputan kawen hubby's cousin. Alang-alang dah sampai JB weols lajak ke Singapore. Pusing-pusing. Ronda-ronda. Then weols stop kat Clarke Quay. Tak pernah masuk lagi sini so parking keta then buat lawatan-pusing-keliling. At first saja nak cuci mata nak tengok jugak kan apa yang menarik. Kat sini banyak restoran/pub, so banyaklah mat salleh kat sini. Eh tengok-tengok ada river cruise lah kat Riverside Point. Saja nak fefeeling lebih sikit so weols belayar nak usha night scenery kat sini. Tiket river cruise around SGD40 untuk dua orang. Jom sama-sama kite tengok panaroma malam kat Singapore!

Restaurants.

Accessories.


Landscape.

Riverside Point.




Clarke Quay.

Those yang berani and suka challenging can try this.

Macam buaian gitewwww.
The Fullerton Hotel. I love the design!

Mercu tanda Singapura.





Marina Hotel.

Marina Bay.


Merlin.


Time's up.

Bye-Bye.

Jumpa Lagi!

Monday, June 9, 2014

Umrah 2013 : Tempat - Tempat Diziarahi Ketika Di Makkah

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tuh dah kongsi cerita umrah pertama & Masjidil Haram. Hari ni nak cerita tempat-tempat yang weols ziarahi sepanjang berada di Kota Makkah. Banyak jugak tempat-tempat penting dalam sejarah Islam yang sempat dilawati. Antaranya Jabal Thur dan Jabal Nur, tempat-tempat untuk Rukun Haji pong weols ziarah eventhough dari dalam bas jek iaitu Mina dan Muzdalifah. Ape lagi yek??? Ohhhhh beberapa masjid tempat bermiqat umrah seperti Masjid Tanaem, Masjid Ja'ranah dan Masjid Hudaibiyah. 

Actuaally sepanjang di Makkah weols ada peneman cilik hehehe. Budak pintar & banyak cakap namanya Izzati. Dia ni anak buah kepada kawan hubby. Si Izzati ni selalulah teman weols makan dan menziarah. Rindu pulak kat dia haishhhhh.

Jabal Thur/Gua Thur ialah tempat Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat baginda, Abu Bakar As-Siddiq bersembunyi selama tiga hari semasa melarikan diri dari orang Quraisy. 

Jabal Rahmah/Bukit Rahmah ialah bukit kasih sayang. Disinilah tempat bertemuan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan selama bertahun-tahun akibat memakan buah terlarang iaitu buah khuldi atas hasutan iblis.



Sakinah-Mawaddah-Warohmah. AMIN

Inilah Izzati. Comel!

Tempat Rukun Haji : Muzdalifah

Tempat Rukun Haji : Mina

Masjid Ja'ranah : tempat bermiqat

Weols naik van bayar 5 riyal seorang untuk bermiqat di Masjid Tanaem. Masa ni buat umrah sendiri so pegi sendiri bayar sendiri.


Masjid Tanaem adalah tempat bermiqat paling hampir dengan Masjidil Haram sekitar 7km sahaja.

Weols jugak tak lepaskan peluang untuk mendaki Jabal Nur untuk ke Gua Hira'. Jabal Nur/Bukit Cahaya adalah sangat-sangat-sangat bercahaya di malam hari walaupon takde lampu. Sebab tuh lah weols boleh mendaki padahal dah jam 10 malam. Ini bukan dalam pakej so just request pada mutawwif then dia arrangekan. Sape yang berminat just buat bayaran (alaaaaa-dah-tak-ingat-berapa-tapi-murah-jek).  Bayaran ni pong actually untuk tambang pengangkutan. Hampir sejam jugaklah mendaki untuk sampai ke Gua Hira'. Masa tuhlah rasa tersentuh sebab kita mendaki dah ada tangga masa Rasulullah mendaki belum ada tangga. Kagum dengan kecekalan Rasulullah. Masa naik rasa penat masa turun rasa bergoyanglah jugak lututku hehehe. Biasanya dah sampai kat Gua Hira' kita akan solat sunat. Tak kisahlah solat apa dan doalah yang baik-baik.

Weols nak mula mendaki.
Bismillahirahmanirrahim.

Jabal Nur/Bukit Nur.


Gua Hira' tempat Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama. Kapasiti untuk seorang dewasa solat kat dalamnya. Si cilik tuh kecik so boleh cilok di situ.

Ya Habiburrr.
Laluan ni sempit jek bolehlah muat seorang.

Pemandangan Kota Makkah dari puncak Jabal Nur.
Kawasan yang bercahaya kat hujung sana tuh ialah Masjidil Haram.


Untuk umrah terakhir weols dan rombongan bermiqat di Masjid Hudaibiyah. Tapi sebelum itu weols singgah di Ladang Unta. First time tengok unta agak jakun disitu hehehehe. Masa ni ribut pasir (alaaaa sandstorm macam kat dalam movie Mission Impossible 4). Mula-mula keluar dari bas agak terkejut dengan keadaan sandstorm ni agak payah jugakla nak bukak mata sebab pasir berterbangan. Siap hinggap dalam telinga hubby. Jom bermesra dengan u-n-t-a.

Ribut pasir.

Isteri & Unta.

Beramah mesra dengan unta.

Suami & unta.

Si cilik berpurdah.

Susu unta yang segar bugar baru lepas diperah. 

Masjid Hudaibiyah : tempat bermiqat.

Di sinilah tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah di antara  pihak Musyrikin Makkah dan Rasulullah.

Gambar penutup hewhewhew.

Syukur sangat weols husbandwife diberi kesempatan dan kesihatan yang baik sepanjang di sana untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah ni. Sebelum ni just dengar ustaz/ustazah cerita and baca buku sejarah Islam. Tuh pong ingat-ingat lupa serta paham-tak-paham jek hihihi. Tapi bila dapat pergi dan tengok sendiri tempat-tempat bersejarah ni rasa macam lekat jek kat hati semua ni. Alhamdulillah!

Jumpa Lagi!