Wednesday, May 21, 2014

Throwback #3 : Day 2 at Pulau Pangkor

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam dipenuhi dengan aktiviti semalam. Hari ini bangun tido then breakfast pastu buat aktiviti pantai pulak. Weols buat aktiviti island hopping dengan menaiki bot ke Coral Island untuk snorkeling dan mandi-manda. Maaf I tak ingat kosnya tapi murah-murah aje. Pegi pong time orang baru lepas cuti sekolah so naik bot pon berdua jek tanpa pelancong lain. 

Punyalah tenang hubby snorkeling tanpa gangguan kalau tidak time peak season siap accident di antara satu sama lain. I tak boleh snorkeling sebab keadaan kesihatan mata tidak mengizinkan. Nasib dulu dah pernah snorkeling dengan girlfrens kat sini so tak adalah frustrated sangat kan! Hubby snorkeling while wifey pulak duk maen buaian. Weols mandi-manda kat situ then jungle trekking ke belakang pulau. Saja nak explore kawasan.


Hubby snorkeling dengan penuh ketenangan.

Wifey dibuai ombak.

Jom jungle trekking.
Masa tamat. Balik ke chalet.
Ronda-ronda sebelum pulang ke darat.


Sementara tunggu feri sampai weols pekena cucur udang di Pangkor Kopitiam tempat semalam.
Cucur udang sedap!

Bye Bye Pangkor Island.


Restoran Mee Rebus Ramlee.

Mee Rebus Ramli..sedap!!

Dalam perjalanan balik ke KL weols singgah ke Ipoh pulak. Sempatlah merasa Mee Rebus Ramli yang famous kat Ipoh. OK sedaplah mee rebus tuh nak komen lebih dah tak ingat rasa dia. Almaklumlah kisah dua tahun lepas hahahaha. Then weols sedut udara petang di Dataran Ipoh pulak. Dah puas pusing-pusing Ipoh weols pon teruskan perjalanan ke KL.

Jumpa Lagi!

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Hai Tuan!Yeay! Dah ada blog jalan-jalan.. \0/ Akan disinggah selalu ni..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Nassss..sila2 jemput singgah sini selalu okeh. byk lagi kisah nak cite.jenuh duk throwback hehehe

      Delete