Wednesday, July 2, 2014

Sabah Birthday Trip 2013 : Sandakan...mu tunggu aku datang bah!

Assalamualaikum w.b.t.

After sightseeing Gunung Kinabalu weols teruskan perjalanan ke Sandakan. Dari Kundasang ke Sandakan about 240KM lebih kurang 3 jam lagi baru ler sampai sana. Along the way, macam-macam yang jadi tatapan mata. Gunung-ganang definatelylah kan. Masuk kampung keluar kampung. Masuk pekan keluar pekan. Jalan agak sempit serta berbukit-bukau sampai terpukau. Tau kenapa terpukau??? 

Camni citenya...tetibe dengar bunyi siren tengok cermin nampak bomba. Aishhh kenapa pulak ni? Ada rumah terbakar ke?Bomba datang berlumba-lumba. Ke ada orang accident? Takpelah kite bagi bomba jalan dulu. Eh memang ler..kalo kite tak bagi laluan di kira salah tau. So weols pon ikut jekla belakang bomba. Jalan berbukit-bukau so bomba nak speeding pon kira cam kena berhemah. Kalo jalan lurus lagi benar dah berdesup bomba tinggal kitorang. Rupa-rupanya ada lori terbabas rempuh masuk rumah orang. Ya Allah...hopefully terselamat la semua orang especially yang kat dalam rumah mesti terkejut tengah santai tengok tv tetibe ada lori rempuh rumah. 



Bomba datang berlumba-lumba.

Abang polis pon ade jugak.


Lori terbabas masuk rumah.

Singgah solat di sini.


Daerah Telupid.


Dari KK ke Kundasang. Pastu Ranau. Lalu Telupid. Lalu Beluran. Finally sampai jugak Sandakan. Alhamdulillah! After enam jam lebih perjalanan dengan Viva Forever hewhewhew. 

Camwhoring upload kat IG bagitau dunia I dah sampai Sandakan bah.


Abang drebar yang semangat. Tak reti penat!


5.44 petang bah.

Orang Sandakan bersantai di petang hari.

Orang KL pon join lepak. Penat ye bang?!

Sampai bandar Sandakan weols buat pusing keliling. Haruslah! Kan nak tengok tempat orang. Pusing kiri pusing kanan. Depan belakang...semualah. Pastu jumpa port orang melepak kat tepi pantai ni. Then weols pon joinlah. Bagi abang drebar eh silap Mr. Schumacher rehat jap kasi betulkan urat-urat yang terpeleot. Sambil lepak sambil surf internet searching tempat untuk dinner. Yesss jumpa dah. Ramai yang recommend makan seafood kat Sim Sim Water Village Restaurant. Now heading ke Sim Sim dengan menggunakan GPS tapi tetibe lost pulak. Padahal dah dekat dah. Tanya local people pon ada yang tak tau. Trial and error eventually jumpa jugak. Lapar gilerrr dah tak sabar nak santap. Wahhh full house...ramai pelancong! Conclusion, sedap dan murah sangat.

Tourist.

 Full house.


Dinner for two.

Weols check-in kat sini. Maen walk in jek. Eh ingat KL jek ke ada Pavilion? Sandakan pon ada tau.

Penat seharian mengembara so now nak beradu dan berehat. Esok pagi nak bertolak ke KK balik. Flight petang. Kerja gilerrr drive enam jam ke Sandakan pastu patah balik KK. Apa boleh buat..that's our passion. Esok nak singgah tempat menarik Rumah Terbalik kat Tamparuli pulak.

Jumpa Lagi!

1 comment: