Friday, June 6, 2014

Umrah 2013 : Perjalanan Umrah Pertama & Masjidil Haram

Assalamualaikum w.b.t.


Setelah hampir 5 hari di Kota Madinah then weols berangkat ke Tanah Haram untuk melaksanakan umrah pertama (umrah fardhu). Rasa sedih nak tinggalkan bumi Madinah yang sejuk dan tenang. Apatah lagi nak tinggalkan junjungan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. serta Masjid Nabawi. Semoga weols diberi peluang oleh Allah Taala untuk datang lagi ke tempat yang indah ini.

Pagi tersebut sebelum bertolak jemaah dikehendaki melakukan ziarah wida'. Ziarah wida' ialah ziarah perpisahan atau ziarah selamat tinggal. Jemaah hendaklah menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. sebelum meninggalkan Masjid Nabawi. Ketika ziarah wida' kita hendaklah berdoa "Janganlah jadikan ziarahku ini ziarah yang terakhir dan aku berharap agar dapat datang lagi". Amin.

Saat nak mulakan perjalanan ke Makkah macam-macam perasaan ada. Rasa sedih ada, rasa gembira pon ada. Sedih sebab nak tinggalkan Masjid Nabawi and gembira pulak sebab nak ke Tanah Haram, Makkah nak buat umrah dan nak jumpa Kaabah. Tapi at the same time, rasa takut pon ada jugak. Takut dengan Allah. Takut dengan dosa-dosa. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosaku sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Amin. 

Weols bertolak ke Makkah selepas Zuhur. Jemaah dikehendaki solat jamak Zuhur & Asar sebelum bertolak. Perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Makkah lebih kurang 8 jam kalau tak silaplah (cite-dah-lame-macam-ginilah-jadiknya-susah-nak-recall). Bas akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat  lebih kurang 10km dari Masjid Nabawi.


Bergambar kenangan sebelum bertolak ke Makkah.
OK cukup setahun kawin muka makin memboooolatttt . Mencik!

Masjid Bir Ali - tempat bermiqat.


Pemandangan di awal perjalanan selepas bermiqat di Masjid Bir Ali.

Time ni bas singgah isi petrol. Harga petrol sangatlah murah.

Ada hamba Allah sedekahkan roti kurma. Sedap sangat!

Sepanjang perjalanan dihiasi dengan padang pasir dan pokok kurma.


Sunset. Subhanallah!

Singgah makan malam.
Nasi dulang untuk 5 orang makan.

Setelah hampir 8 jam perjalanan akhirnya sampai di Makkah. Sampai-sampai di Masjidil Haram dah tengah malam. First masuk Masjidil Haram benda yang tak putus-putus dipandang adalah Kaabah. Honestly, rasa syukur yang sangat menebal dapat melihat Kaabah depan mata dan melakukan umrah. Airmata keluar bercucuran tanpa diundang. (Fuh giler puitis ayat!). Ni umrah pertama jadi weols bergerak dalam kumpulan sebab masih perlukan bimbingan mutawwif. Selepas tawaf-saie-tahallul maka selesailah umrah pertama (umrah fardhu) weols husband&wife.  Alhamdulillah! 

Now, I nak share kecantikan Masjidil Haram yang penuh dengan ketenangan. Kagum dengan senibina masjid ini yang tinggi dengan nilai estetika. Subhanallah! Masa ni Masjidil Haram dalam proses pembinaan untuk pembesaran so memang banyaklah tower crane kat sana. Gambar-gambar ini diambil sepanjang 8 hari weols di Makkah. 



Zam Zam Tower.





Dalam masjid is FULL so jemaah solat di luar masjid.


Escalator .

Ruang solat di bahagian roof top.


Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam. Subhanallah!



Kaabah.


Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga berwarna putih tetapi telah bertukar menjadi hitam dikatakan kerana dosa-dosa pengucupnya. Untungnyeee polis ni dapat jaga Hajarul Aswad tak perlu bersusah payah untuk mengucupnya sampaikan bertolakan sesama sendiri.




Isteri.


Suami.

Weols ada kisah menarik untuk dikongsi! Last day di Makkah, bangun dari tido hubby bukak tingkap bilik tengok-tengok hujannnnnnnnnnnn!!! Alhamdulillah. Kejadian yang sangat jarang-jarang berlaku di Makkah ialah HUJAN and weols experience it. Gambar-gambar di bawah adalah ketika hujan di Subuh hari di dalam Masjidil Haram.

Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan untuk laluan air (nampak tak ada aliran air di pancur emas?) dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijir Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

Solat di dalam Hijir Ismail menyamai solat di dalam Kaabah kerana asalnya kawasan Hijir Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim tetapi ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy.


Lantai basah. Hati-hati licin!


Roof top yang basah berkilauan.


Suasana 7.15 pagi. Sejuk!


Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab berdoa. 

Tempat saie dimana di bawah lampu hijau ini jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak.


Ruang khas bagi jemaah yang uzur dan berkerusi roda.

Disinilah permulaan saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 pusingan.

Actually ada banyak lagi nak kongsi dengan uols semua. Niat I nak semua dapat merasai keindahan dan ketenangan beribadat di sini. Semoga semua umat Islam dapat melakukan haji/umrah. Amiiiin. InsyaAllah lepas ni I akan cerita tempat-tempat yang dilawati di Makkah dan kenangan mendaki Jabal Nur untuk sampai ke Gua Hira' tempat Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu pertama. InsyaAllah. InsyaAllah.

Jumpa Lagi!


2 comments: