Thursday, March 10, 2016

Zara's solid food : fruits and vege puree.

Assalamualaikum w.b.t.

**HARAP MAKLUM BAHAWA ENTRY INI TELAH DIDERAF 6 BULAN YANG LALU. DI MANA KETIKA ITU USIA ZARA ADALAH 6 BULAN WALHAL SEKARANG LAGI BEBERAPA HARI ZARA AKAN GENAP USIA SETAHUN. DEK KERANA IOLS TAK KUASA NAK REVISE SENTENCE2 TU JADI UOLS BACALAH SEPERTI ZARA DI ERA USIA 6 BULAN BARU MAMAM**

Pejam celik pejam celik dah 6 bulan umoq Zara. Kekadang tengok gambar Zara awal2 lahir dulu tetiba Iols rasa rindu dia yang dulu. Baju pong besar dari tuan. Seluar pong panjang dari kaki kahkahkah. Almaklumlah mommy & daddy beli pakaian Zara kebanyakannya 6-12 bulan. Orang cakap better beli size besar sebab baby cepat membesar kang beli size newborn boleh pakai sekejap jek. Kena pulak macam Zara yang lahir almost 4kg memang sekejap ler sangat dapat pakainya.

Selama enam bulan Zara memang exclusive breastfeeding. Gigih jugak lah mommy dok ngepam kat office and malam hari untuk buat stok Zara when ever mommy is away. Alhamdulillah mommy berjaya susukan Zara sepertimana saranan pediatrics penyusuan susu ibu esklusif selama enam bulan pertama. Semoga ianya tidak terhenti di situ mudah mudahan berterusan hingga usia Zara dua tahun. Aamin.

Bila masuk jek umoq Zara enam bulan mommy excited bercampur nervous sebab Zara dah boleh mamam solid food. Sebulan sebelum lagi mommy dah nervous dah. Macam2 di pikiran ini. Menu apa? Camna buat? Sesuai ke tak? Zara suka ke tak? Haissshhhh macam2lah. Pastu start reacky dengan kengkawan menu dan segala bagai pasal solid food untuk baby 6 bulan.

Holla..pagi yang indah!

Sabtu yang indah tu mommy dah plan nak buat apple puree untuk Zara for the first time. Tengahari tu mommy pon bertukang kat dapor buat lunch meal untuk princess tersayang. So kat sini sambil Iols cerita sambil tu Iols boleh kongsi resepi puree ni. Sorry lah sangat sebab tak plan pon nak upload dalam blog so gambar incomplete. Tetapi untuk mantapkan perkongsian (tatabahasa mantap gittewww) resepi puree ni so Iols share gambar apple and pear ye selang seli sebab tak cukup gambar janji uols nampak kaedah membuat puree. Itu yang penting. Itu objektif utama Iols hokayyy.


1. Buah pear/apple dikupas kulitnya dan di cuci sebersihnya pastu dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam steamer. (Ini 4 biji buah pear yang telah dipotong dadu).


2. Iols guna multifunction rice cooker by Tefal. Ianya sangat mudah just tekan function yang dikehendaki pastu ia akan running secara automatic gittewww.


3. Once dah siap steam pear/apple then masukkan dalam blender/chopper. (Ini 4 biji buah pear yang telah siap di steam).


4. Iols guna multifunction chopper by Tefal. Actually chopper ni freegift waktu beli vacuum Tefal. So penjimatan di situ!! Padahal Iols tak tau bole gunakan sebagai blender utk baby food. Adik Iols datang rumah dia nampak chopper tu then dia cakap "mudahlah boleh guna buat solid food Zara". Terkejut mak nokkk. Selamat fulus! Sebab sebelum tuh dok usha  gak Avent punya steamer and blender. Juling mata tengok harga RM600.


5. Inilah hasil 2 biji apple yang telah diblend menggunakan chopper by Tefal. Senang giler dan sangat pantas fruits/vege hancur.


6. Setelah siap apple/pear diblend halus, tapiskan dengan penapis teh hasil tadi. Ia bertujuan untuk memastikan baby akan makan particle yang halus supaya tidak tersedak.


7. Kemudian Iols campurkan dengan sedikit susu mommy. Siap!!

Nyums nyums nyum...Saya mamam apple puree. Dap ah!


After 4 days saya mamam pear puree pulak. Nampak tak muka excited saya mamam? Jangan lupa amalkan 4 days rule dimana ianya untuk observe baby ada alahan atau tidak dengan menu yang diberikan.


Kebetulan selepas suapkan Zara apple puree weols sefamily jenjalan ke IKEA. Dan secara tak dirancang Iols pong belilah ice cube pink tuh. Ada terbaca jugak mommies yang simpan stok makanan baby dalam freezer menggunakan ice cube yang cenggitu. Katanya bila simpan dalam freezer balutkan ice cube tuh supaya tak terlekat bau ayam/ikan/daging/sotong/etc kat dalam makanan baby. (Ice cube pink tuh tak digunakan sehingga ke saat ini pong).


Tetapi.. Iols is rasa tak practical guna ice cube tu macam leceh dan sikit sangat mould tu. Plus my baby Zara memang jenis berselera and mamam banyak uols. Then I went to Sogo and decided to buy baby food container which is more proper and practical. Compare punya compare with a few brands then I chose Clevamama cube and Tommie Tippie food container together with spoon. Ianya lagi mudah jenis pop up tekan je untuk keluarkan makanan beku tersebut. Plus ia bole digunakan untuk freezer,chiller,travel and microwave.

Tadaaaaa...apple puree untuk bekal Zara ke school.

Sangat practical and easy to use.

Saya suka mamam.

Sedap nyerrr!

Kekenyangan..tido sudah. OkBye!

Macam2 gaya budak tecik ni mamam.

Freestyle.

Avocado fruits.


Avocado tak perlu steam yek! Just beli yang dah masak. How to know avocado yang dah masak? Yang warna hijau kehitaman and texture dia soft. Once nak mamam just keluarkan isi. Kalo dah betul2 masak memang lembut isi avocado so tak susah nak korek keluar. Rasa avocado ni iols rasa agak pelik macam kelat gittewww. Seems like Zara tak berapa suka avocado maybe rase kelat.


So nak bagi rase manis2 kelat iols remix puree supaya Zara mamam dengan berselera.
Apple puree mix avocado.


Other than fruits, iols also prepared vegetables puree for Zara. Macam gambar kat atas tuh iols steam brocolli, carrot and potatoes. Sometimes iols mix and match fruit and vege supaya Zara bertambah syok mamam and penuh khasiat. Cara prepared vegetables puree sama sahaja macam fruits puree. Cuci bersih-potong dadu/kecil-steam-blend. Siap!


Ni banana lenyek hihihik. Tak perlu steam lah pisang kang dah lembut kasi penyek je. Once Zara masuk 7 bulan barulah ios start dengan bubur nasi. Favourite Zara salmon and chicken porridge. Iols also add on with vege like bayam, sawi, carrot, brocolli. Actually up to creativity mommy how and what to prepare for baby food as long as berkhasiat baby suka dan tak memudaratkan. Jom gigih bersama mommy Zara buat bekal Zara di subuh hari. Good luck mommies!

Jumpa Lagi!

No comments:

Post a Comment