Thursday, May 29, 2014

Umrah 2013 : Kota Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Pembuka tahun 2013 yang sangat indah! Kami suami isteri telah dijemput Allah Yang Maha Esa untuk mengerjakan umrah pada Januari 2013 yang lalu. Kebetulan genap setahun perkahwinan kami ketika di Tanah Suci Mekah. Masjidil Haram menjadi saksi first anniversary kami. Syukur! 

Kami ke sana dengan pakej andalusia selama 15 hari 13 malam. Perjalanan dari KL-Riyadh (tukar anak kapal)-Madinah hampir 11 jam. Kami sampai di Kota Madinah pada waktu malam. Sejuk bangat! Ketika itu musim sejuk di sana suhu sekitar 15 darjah celsius. I pulak jenis yang tak tahan sejuk so next day beli sarung tangan. Kasi panas sikitlah hihi. 

This time I nak kongsi pengalaman sepanjang berada di bumi Madinah. Tempat-tempat dan masjid yang dilawati di sana selain kenangan dan ketengan beribadat di Masjid Nabawi. Semoga perkongsian ini dapat manfaat bersama. InsyaAllah.


Makam Rasullallah s.a.w


Taman Raudah atau Taman Syurga.


Senibina Masjid Nabawi yang sangat cantik dan tinggi nilai estetika.
Payung ini dibuka selepas Subuh dan akan ditutup sebelum Maghrib.


Suasana selepas solat Subuh. Sejuk! 
Peniaga-peniaga dan barangan jualannya di sekitar luar pagar Masjid Nabawi.

Payung ditutup pada waktu senja.


Muslimin berpusu-pusu untuk mengerjakan solat.

Tempat wudhu'

Bumbung ini dibuka pada waktu malam.






Ruang solat di tingkat atas bumbung.







Tiga gambar di atas ini adalah sewaktu selepas Solat Jumaat. Disana muslimat juga bersolat Jumaat berjemaah. Memang ramai sangat umat Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan perintah Allah. Alhamdulillah semoga sentiasa kekal begini InsyaAllah. Amin

Masjid Quba merupakan masjid pertama di bina oleh orang Islam yang diasaskan oleh Rasullallah s.a.w.






Jabal Uhud/ Bukit Uhud.






Makam Syuhada Uhud merupakan pemakaman bagi 70 sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang gugur pada Pertempuran Uhud, antaranya Hamzah bin Abdul Muthalib (Paman Nabi), Mush'ab bin 'UmairHanzholah bin Abi 'AmirAmru bin al-Jamuh dan Abdullah bin Amr bin Haram (sumber wikipedia)

BEBSI ke PEPSI? hehehehe

Ladang Kurma.

Minum teh kurma percuma.

Dua jenis teh yang berlainan. 
Dah tak ingat dah apa rasanye. Sowiiii

Pasar Kurma. 

Masjid Qiblatain.


Masjid Qiblatain (artinya: masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di MadinahPada permulaan Islam, orang melakukan salat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (nama lain Masjidil Aqsha) di Yerusalem/Palestina. Baru belakangan turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah. (sumber wikipedia)

InsyaAllah next entry I akan kongsi kenangan mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah dan tempat-tempat yang kami lawati di sana. Keagungan Kaabah dan ketenangan di Masjidil Haram tidak dapat diungkap dengan perkataan. Betapa sucinya Tanah Haram milik Allah s.w.t. 

Jumpa Lagi!

2 comments:

  1. bestnyeee.. nasi dulang tu nampak sedap.. aishh.. bila la teman nak sampai sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah smpi jugak sana nanti.Amin. Nasi dulang tuh sedap makan sambil berebut2 5 orang hehehe

      Delete