Thursday, January 15, 2015

Hotel Review : Aonang Phutawan Resort, Krabi

Assalamualaikum w.b.t.


Aritu Iols janji nak share resort yang weols stay kat next entry kan? So this is the entry special dedicate for Aonang Phutawan Resort. Since weols walk in jek check in di sini ianya seperti lebih murah berbanding booking melalui agoda, asiatravel etc. Kenapa Iols berpendapat sebegitu? Sebabnye...weols check in di sini hanya Thai Bhatt 1500/nite. Tetapi...jiran jiran bilik sebelah yang datang dari Malaysia jugak, bile hubby bersembang dengan dorang, they all cakap dorang book about RM200++. Wahhh weols lebih jimat huhuhu. Ape pong semua nih atas luck masing masing jugak kan. Kengkadang dekat agoda tuh murah jugak. It depends la pada promo nye yek!

Aonang Phutawan Resort ni memang best! Actually weols takde googgle or search kat internet pong about this resort. Weols memang betol betol walk in. Ini pon agent island hopping yang bagitau. Cuma dia cakap jauh sikit bukan betol betol area Aonang Beach. Dia just inform ade swimming pool. Weols ingatkan jauh sangat rupanya takdelah jauh mane pong. Maybe 2KM from pantai Aonang. Cuma tak boleh consider walking distance  ler sebab kalau menapak berpeluh lencun pulak. Kalau perot kenyang mesti lapar balik. Takpe tak susah pong. Uols boleh sewa scooter or motorsikal bersepah dekat Aonang Beach. 

Sesampai kat resort tersebut, amik kunci terus meluru ke bilik. Tengok landscape dah rase tertawan. Sekali masuk bilik lagi dan lagi tertawan. Bilik besar dan luas. Interior design bilik tersebut memang superb. Wall finishes with timber and lantai pong laminated timber. Arghhh tak reti lah..yang pasti menarik! Uols tengokla gambar gambar kat bawah ni. Dah tuh siap ade sofa yang boleh consider as a sofa bed jugak. Iols paling suka dressing area sebab ade partition wall so separate from sofa area. Nak bersalin baju bagai or nak lap lap badan lepas mandi takdelah direct ngan orang kat sofa or katil nampak perbuatan tersebut kehkehkeh. Kirenye kalau uols tak sempat nak kemaskan barang barang yang bersepah uols longgok jek kat dressing area which is belakang partition wall. So that orang lain tak nampak betapa bersepahnye bilik uols unless depa pi jenguk sampai dressing area or depa nak tumpang toilet. Eh toilet pon besar dan luas. Toilet and shower sekali tetapi separate by sliding door. 




Reception.

King size bed.




Mini bar & TV.

Dressing area.


Wardrobe.


Dressing area yang selesa.

Itulah partition wall yang Iols maksudkan.


Sofa bed.


Toilet & bathroom.


Besides that, landscape resort ni pon cantik. Actually resort ni just a small resort. Bilik dia pong ade a few units jek. Tapi disebabkan interior design and landscape yang menarik buat hati weols tertambat. Very cosy and peaceful. Even swimming pool pong takdelah besar gabak mane tapi ianya dah memadai sebab memang terletak betul betul depan bilik guest. Guest room berbentuk seperti L Shape. Di hadapan guest room ade swimmping pool. So pergerakan mudah dan pantas. Sebab semua di depan mata. Reception lobby and restaurant terletak di pintu laluan masuk ke resort ni. Resort ini bersaiz kecil tetapi friendly. Plus, ianya cantik!

Swimming pool.


Laluan ke guest room.


*Ade orang tengah mencari ketenangan di situ*

Laluan kiri.


Laluan kanan.

Front view.


Elevation view.

Rumusannya, Iols suka resort ini. Cosy. Cantik. Tenang. With affordable rate. As for me, it is highly recommended for those yang nak ke Krabi. Tapi harus diingat ianya bukan walking distance ke pantai Aonang. Ape lagi bersedialah merempit. Eh kalau nak sewa kereta pong ape salahnye. Hik Hik Hik.

Jumpa Lagi!

6 comments:

  1. salam..
    sy trus bermint nak book hotel ni lps baca blog awk..
    tp nk tny..awk ambil pakej hotel inc breakfast ke?? sbb sy was2 takot xhalal..
    anyway tq for ur info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I just check in for accomodation without breakfast. Weols beli sarapan dekat gerai2 sekitar Aonang Beach. Variety of choices. Gerai Muslim. Makanan Halal senang kat Krabi

      Delete
  2. Yeszaaaa..tq atas info yg terbaeeekkkk..sy dah booking 3 mlm di bln 6 ni ..rm75 semlm..mmg murah sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhhh berbaloi baloi...saaaangatttlah murah!

      Delete
  3. saya teringin nk ke sana la bln 5 ni... boleh belanja x?

    ReplyDelete