Monday, January 26, 2015

Mabul Island, Sabah : Sightseeing surrounding

Assalamualaikum w.b.t.

Entry sebelom ini cerita basi di USS. Hari ni Iols nak update cerita basi jugak. Percutian laki bini ke Pulau Mabul, Sabah. This vacation was on March 2014 for 4D3N. Suami book tiket sebulan sebelum percutian. Kengkonon hadiah sebab buat isteri terguris. Wowweeee...so sweet! We went there by Air Asia. Harga return ticket adalah RM297/person. For us the fare was quite cheap jugak sebab weols book the fligth ticket pon about one month before.

Flight weols jam 7.15 pagi. Subuh dah bertolak ke LCCT (Mase tuh belum beroperasi di KLIA2). Normally dua jam sebelum departures mesti uols dah sampai airport kan? Tapi kalo muka macam weols yang selalu berlari2 di airport..lagi sejam nak take off baru sampai airport. Pastu mula lah tercungap2 nak boarding. Kena pulak kalo kapal terbang bapak jauhnye parking. Macam yang ni bapak segala hujung dunia LCCT. Tapi kali ni okay la sebab weols tak berlari2 cuma jalan laju2 jek kihkihkih.

Tengok..hari pong masih gelap!

Masih berkabus...ready to take off.

Banyak flight di awal pagi. Semua pong nak gi holiday.
Now everyone can fly...LOL!

Setelah hampir tiga jam penerbangan KL - Tawau then weols safely landed at Tawau Airport. Sepanjang hampir tiga jam dalam flight macam2 weols lakukan untuk hilangkan rase bowinggg. Macam Iols is busy membaca magazine 3Sixty sambil dengar lagu2 di Ipod. Iols suka baca magazine 3Sixty sebab ada banyak info tempat2 percutian. So mula lah dok mikirkan tempat2 seterusnya untuk bercuti. Tak gitewww suami?

Bandar Tawau.

Safely landed at Tawau Airport.


Sesampai di Tawau Airport memang dah ada teksi yang menunggu weols. Ianya bukanlah teksi mungkin boleh dikatakan perkhidmatan prebet sapu. Ape tuh??? Ala...kereta2 persendirian yang dorang gunakan untuk perkhidmatan seperti teksi. Tapi ianya berpermit tau! Pemandu tersebut akan hantar weols ke Semporna untuk ke Pulau Mabul. Kalo tak silap perkhidmatan shuttle tersebut untuk one way dari Tawau-Semporna sekitar RM80-RM90. Mahaplah yek serious Iols dah tak ingat malas nak korek buku 555 untuk semak balik perbelanjaan percutian tersebut. Perjalanan dari Tawau ke Semporna sekitar 1jam ++. Sepanjang perjalanan uols boleh la menikmati keindahan alam hijau ciptaan Tuhan. Kebanyakannya dipenuhi dengan hutan hijau saujana mata memandang dan kadang kala kite menyusuri perkampungan penduduk setempat. So sepanjang perjalanan weols berborak2 dengan pemandu. Banyak jugaklah info yang weols dapat untuk mengetahui perkembangan semasa di kawasan tersebut. 

Mulakan perjalanan dari Tawau ke Semporna.

Alhamdulillah selamat sampai di Pekan Semporna.

Sesampai di pekan Semporna weols terus ke pejabat Uncle Chang. Weols dah booked water challet Uncle Chang for 4D3N. Rupanya weols bertolak menaiki bot ke Pulau Mabul dalam jam 2 petang. Kirenye weols ade lagi dua jam. Ape nak buat??? So weols decided to walk around sekitar Pekan Semporna. 

Dragon Inn Floating Resort. 

Before bercuti ke sini Iols gather info from blog. Ingatkan gempak sangat water challet ni. Hmmm..for me Iols tak suggest la uols bermalam di kawasan sini sebabnya perairan dia tidak begitu bersih. Ianya juga kelihatan seperti bosan. But up to u guys!

Pekan Semporna.

Pasar Semporna.

 Masjid Semporna.

 Car boot sale ke?

Makcik..tak perlu beria mendongak sebegitu. Ha Ha Ha

Jom mulakan perjalanan menaiki bot ke Pulau Mabul.

Water homes.

Yeayyy.. dah sampi di water challet Uncle Chang.

Selepas 45 minit menaiki bot dari Pekan Semporna ke Pulau Mabul finally we arrived there. Excited giler! Sepanjang perjalanan busy jek usha pemandangan lautan ciptaan Tuhan. Sesampai di challet tetibe ade berita kurang senang didengar, Bilik weols book dah full. Ape??? Dah bayar kot. Kirenye dah booking la so mestilah dah reserved kan?kan?kan? Setelah ber-arguing dan menegakkan benang yang basah finally weols dapat water challet sea view plus air conditioner. OK gembira!

Check in bilik. Perhati jek sekeliling. Di sekitar challet tuh ade rumah air penduduk setempat. Ada dua kaum iaitu Suluk (Philipines) dan ape tah lagi satu (kaum berasal dari Malaysia). Info ni Iols dapat hasil interview budak2 setempat yang dok memancing dan mandi manda sambil terjun tiruk. Syok jek tengok aktiviti dorang mandi manda bersuka ria di petang hari. Tetibeeeeeeee..suami panggil Iols sambil tunjukkan sesuatu. PENYU! Wowwww..semudah itu penyu bermain2 di Pulau Mabul. Tak percaya???

Haaa..tuh dia PENYU!

PENYU beramah mesra dengan orang kampung.


Aktiviti memancing... They all buat lauk untuk makan malam!

Jom jalan2 usha Pulau Mabul. Tadi aktiviti berhampiran water challet Uncle Chang dimana ianya kaum dari Malaysia dan dorang boleh berbahasa Melayu. Now weols jalan2 sightseeing di persekitaran Pulau Mabul. Di bahagian pantai ini pulak didiami oleh kaum Suluk dari Philipines. Kaum Suluk ade yang boleh berbahasa Melayu ada jugak yang tidak mampu berkata apa2 heheheh. Kena berjalan merentasi kampung penduduk setempat pastu baru jumpe pantai. Jom tengok ape aktiviti bebudak kaum Suluk.


Hi adik2..anyang ha seyo :) 

Hi abang.. I lap U (*_*)

Abang Iols busy dengan monopod baru kehkehkeh...

Abang hensem berlatarbelakangkan perkampungan Suluk.

Meh zoom siket aktiviti dorang..

Tu diaaaa..aktiviti panjat memanjat!

Iols busy dok snap gambar dorang..

Nice scenery

Jom ke pelantar tempa scuba divers mulakan terjunan ke dasar laut.

Sinilah tempat divers briefing, training dan mulakan pengembaraan di dasar laut.
 Ini untuk license scuba divers sahaja okeh!

Jom lepak santai jap hirup udara segar.

Sunset at Mabul Island.

Hari dah makin gelap. Dah senja. Maghrib menjelma. Jam ni baru pukol 6 petang di Pulau Mabul tapi dah gelap. Jom balik challet. Balik bilik. Mandi. Bersihkan diri. Jap lagi dinner time yeaahuuuuu.

Jumpa Lagi!

No comments:

Post a Comment