Wednesday, January 28, 2015

Mabul Island, Sabah : Snorkeling Activities

Assalamualaikum w.b.t.

Suasana Subuh di Pulau Mabul.

Bangun di subuh hari. Solat. Pastu sedut udara pagi yang sangat nyaman. Jam 6.30 pagi dah terang benderang di sini. Malam tadi hubby bersembang dan berkenalan dengan jiran sebelah bilik. Geng bujang lelaki. Mereka datang berkumpulan seramai sembilan orang. Ada yang masih bujang ada yang datang laki bini. Dorang plan nak sewa sampan esoknye nak snorkeling di sekitar Pulau Kapalai. Tapi hubby Iols cakap ini tongkang. So Iols bahasakan tongkanglah yek! Dorang offer weols untuk join trip dorang. Ape lagi lajulah hubby jawab..OK boleh jugak!

So pagi tersebut selepas dah breakfast weols ke tempat tongkang. Masuk perkampungan. Lalu celah celah water homes. Sampai situ deal dengan owner tongkang. Bayar kepada owner hasil duit tong tong. Sowiiii Iols dah tak hengat berapa kos sewa tongkang ni. Pastu boarding dalam tongkang. Nak masuk dalam tongkang ni mencabar jugak sebab nak kena panjat turuni tangga macam bergayut2. Finally semua selamat masuk dalam tongkang yang rasenye penuh dengan cabaran dan debaran. 

Ini pengalaman best weols naik tongkang. Nak bagi balance tongkang tuh so weols kena duduk dengan penuh tersusun dan behave. If not tongkang tuh akan bergerak ke kiri dan ke kanan. Silap2 boleh terbalik. So agak gamat jugaklah at first nak balance kan tongkang tuh. Bile dikenang2 it was so funny. Best!

Kalo kena kepala ketegaq macam weols ni memang xdelah nak duk diam sangat dalam tongkang tuh. Slumber jek bangun tukar2 posisi nak tengok view. Nak posing. Nak bergambar. Nak selfie. Padahal dorang yang geng weols tumpang join ni behave jek. Hikhikhik.





Inilah tongkang yand dimaksudkan.






Snorkeling at Kapalai Island.

Sayang seribu kali sayang. Sebab weols takde gambar snorkeling kat area Pulau Kapalai. Pulau Kapalai is a private island. Ianya sangat mahal. Tetapi cantik! Rugi takde gambar. Takpelah korang bole goggle or search Pulau Kapalai. Semua di hujung jari! Gambar waktu snorkeling pong satu jek yang Iols jupe. Ini pon cilok dari Instagram hehehe. Kusyuk sangat menikmati hidupan laut. Kalo ade Gopro barulah best. Setiap saat di dalam lautan pastiku abadikan di Gopro. Puiihhhhhhh hah ha ha ha.

Name pong datang pulau kan. So pastinya dipenuhi dengan aktiviti berasaskan lautan. Aktiviti weols pagi petang pagi petang dua hari berturut2 adalah snorkeling. Hubby teringin nak scuba diving tapi dek kerana keadaan wifey yang tidak mengizinkan disebabkan history mata so tak dapat teruskan niat tersebut. Jangan sedih tau babeh!

Pagi weols snorkeling naik tongkang dengan geng sebelah bilik. Petang weols snorkeling dengan pakej Uncle Chang pulak. Whenever uols check in di sini semuanya dalam satu pakej termasuk accomodation, meals dan snorkeling activities. Snorkeling 2x sehari. Pagi dan petang. So petang after lunch weols snorkeling lagik. Kali ni area lain pulak. Tak jauh dari water challet Uncle Chang cuma ianya di tengah lautan.


Water challet Uncle Chang on our back!




Tak ramai yang join snorkeling petang ini.

Cinta hati Iols dengan skill terjun tiruknye!

Arus petang ni sangat kuat.

Hubby di bawak arus.

Tak nak penat berenang patah balik ke boat so hubby playsafe pegang tangga. 
Jimat tenaga di situ!


Awak..nampak Nemo tak?




Snorkel gear & goggle milik persendirian.
Disebabkan weols pencinta alam dan selalu buat aktiviti ini so weols decided to have our own snorkel gear so tak perlu share bekasan orang lain. Ha Ha Ha




Berehat setelah kepenatan.


Tranquility



Day three weols repeated the same activities. Luckily tempat untuk snorkeling berbeza. Kali ni berhampiran dengan Mabul Water Bungalow Challet. Challet paling cantik dan termahal di Pulau Mabul. Kat sinilah kejadian penculikan dan tembakan oleh lanun. Ianya terjadi selepas weols dah balik. Sekarang kalo suruh pergi lagi agak takot dan ngeri so rasenye memang tak pergilah selagi belum sah selamat tempat ni.

Mabul Water Bungalow Challet.

Malangnya gambar snorkeling di kawasan ini pong takde dalam simpanan. Tak sure di mana. Maybe hubby saved di tempat lain. So tak dapatlah nak tunjuk kemeriahan snorkeling di sini. Dengan air yang sangat jernih. Berwarna turqoise. Seriously cantik sangat! 

Jumpa Lagi!

2 comments:

  1. hai... salam perkenalan ye.. ;)
    Nice blog.. =)
    Done follow..
    Follow me back.. ^_^

    ReplyDelete